"NO kalau abang nak Hazel maafkan, kita kena pergi vacation tu!" Dee memuncungkan bibirnya. Sudahlah suaminya hendak membatalkan percutian mereka, minta dimaafkan pula!
"Dahlah abang hired pengasuh tak bagitahu. Well tak kiralah sementara ke selama-lamanya ke sepupu abang ke, abang tak bincang pun!" Dee melabuhkan punggung diatas sofa. Dia tidak menyukai sepupu suaminya itu, gedik semacam.
"Okey fine tak perlu pengasuh anak okay? Pasal vacation tu, nanti-nanti pun boleh sayang. Hazel tu belum sihat lagi." pujuk Adyen. Tangan isterinya dikucup lembut.
"No! Kita tak pernah pergi honeymoon.." ujar Dee perlahan. Adyen kemudian tersedar, sepanjang hampir dua tahun mereka bernikah, belum pernah dia bawa isterinya berbulan madu.
Eh benarkah? Entahlah dia pun lupa. Kalau sudah pun tak jadi masalah mereka pergi lagi.
"Fine kita pergi, untuk sayang semua boleh but make sure you have to jaga diri." pesan Adyen. Dee mengangguk laju.
"Yeay! Tapi ada lagi syarat, abang kena bagitahu Aiden bawa plus one dia a.k.a Erica." ujar Dee sambil tersengih.
"Ye sayang ye." pasrah Adyen melayan karenah isterinya. Demi dimaafkan, tak apa. Kakinya melangkah ke katil.
"Sayang, meh sini nak peluk." Adyen mendepakan tangannya luas.
"Taknak!"
"Taknak..?" soal Adyen semula.
"Abang yang datang sini, sayang nak peluk." ujar Dee kemudian bibir menayang senyum.
"Meluncur!" kakinya turun dari katil dan berlari mendekati Dee. Tubuh isterinya didukung dan diletak diatas katil lalu dipeluk.
"Turn off the lamp." arah Dee lembut. Adyen menarik selimut ke paras pinggangnya dan menutup tubuh isterinya lalu mematikan lampu tidur mereka.
SEMINGGU KEMUDIAN
"Everyone check barang masing-masing. Jangan ada yang tertinggal pulak." pesan Tuan Darrel. Mereka semua membuka beg masing-masing untuk menyemak barang mereka.
"Semua lengkap." balas Erica mewakili mereka semua.
"Okeylah daddy, mommy, ibu kami gerak dulu." Naifal menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tuan Darrel serta yang lain.
Percutian kali ini tidak disertai oleh mereka memandangkan Naifal banyak kerja hendak dibuat di Arab Saudi nanti. Tambahan lagi Jerico Daihan sudah pasti tidak sabar hendak bertemu dengan keluarga kandungnya.
"Gonna miss you so much." ucap Reena sambil kepalanya menekur lantai dibawah.
"Reen? Janganlah nangis, bukannya aku nak bertarung nyawa pun. Nanti kau bawalah Fer dengan ibu pergi sana." pujuk Naifal lembut. Genggaman tangan isterinya dilepaskan lalu tubuh Reena dan Dee ditarik kedalam pelukannya.
Mereka berpelukan selama tiga minit kemudian Naifal langsung memandang board yang menandakan mereka harus segera masuk ke dalam balai perlepasan.
"Got to go, jaga diri semua. Ada masa datanglah Arab Saudi apa salahnya." jemput Naifal. Tangan isterinya ditarik ke balai perlepasan.
Setelah bayang itu hilang, mereka pula masuk ke balai perlepasan ke Bali, Indonesia. Perjalanan mereka memerlukan beberapa jam sahaja untuk ke sana.
Kini mereka berada di Louise AirLines tetapi mereka bakal menaiki private jet atas sebab-sebab tertentu. Pilot yang membawa kapal terbang mereka turut dipilih dan tidak boleh sebarangan orang yang membawanya.
Setelah mereka lalu di balai perlepasan, Dee menarik luggagenya dan Adyen dan mereka sama-sama berjalan di padang kapal itu.
Dee dan Adyen serta yang lain langsung naik ke kapal tanpa menunggu lama. Setiap bilik yang disediakan terdapat keperluan dalamnya termasuklah katil, sofa dan keperluan mandian.
Untuk makanan pula, mereka harus keluar dari bilik dan bergerak sendiri ke dapur dalam pesawat. Dapur bukan sebarang dapur, dapur itu memiliki makanan dan minuman khas yang disediakan oleh pilot serta pramugara tertentu.
Nama pun private jet, yang boleh masuk ke dalamnya sudah tentu orang yang terpilih sahaja. Itu atas dasar keselamatan keluarga mereka juga.
Dee melabuhkan punggung diatas katil kemudian memandang anaknya yang nyenyak tertidur. Dee turut tidur diatas katil bersebelahan dengan anak-anaknya.
Adyen hanya membiarkan isterinya dan memandang skrin MacBook untuk membaca e-mail yang dihantar oleh pekerja-pekerjanya.
Sesekali jika anaknya bergerak dia akan menidurkan anaknya semula agar isterinya yang nyenyak tidak terganggu.
Dahi Dee dikucup perlahan kemudian dia menyambung kerjanya.
"I love you angel."
TBC
P/S: Sorry singkat, no idea since nak tamatkan cepat. Happy Reading!
UPDATE: 02092022
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...