16 || ⚔️

3.8K 131 6
                                    

MEREKA memandang sosok yang terbaring diatas katil itu. Reena mengusap rambut lembut adiknya dan menahan tangis.

"Hazel bangunlah.. dah berapa hari Hazel tidur ni, takkan tak cukup rehat lagi?" soal Reena. Ya Allah, sungguh dia sayang adiknya itu.

Dia teresak perlahan. "Adik.. kakak rindu nak dengar adik gelak. Janganlah tinggal kakak, nanti kakak kahwin siapa nak jaga ibu? Nanti kakak ada anak, kakak nak show off dekat adik ha.

Bangunlah, kakak rindu. Cepat sembuh tau, kakak sayang adik sangat-sangat. Nanti kalau adik bangun, kakak kenalkan boyfriend kakak dekat adik." dia mengelap airmatanya. Padahal hakikatnya dia tidak mempunyai teman lelaki. Naifal mengusap bahu adiknya.

Dia menarik adiknya kemudian dipeluk erat. Gadis itu teresak-esak menangis dibahu adiknya. "Kita baru jumpa dia tak sampai setahun, takkan dia dah nak tinggal kita Haef? Aku sayang adik. Kita dah lama tinggalkan dia, bila dah jumpa takkan dia pula nak tinggal kita? A-aku-" semakin deras airmata gadis itu.

"Dia akan sembuh. Adik kita kuat sangat. Kalau dia tak kuat, kenapa dia masih boleh survive sedangkan dia dah lama sakit?" pujuknya. Dia mengusap bahu adiknya memberi semangat.

Adyen mengganti tempat Reena, dia duduk di kerusi sebelah katil Dee. Air mata gadis itu diseka. Adyen mengusap rambut Dee.

"Kau nangis? Hey, wake up. Semua orang rindu kau.. it hurt me to see you here. I miss you so much. Lepas tiga bulan aku tak nampak kau, tiba-tiba kau balik dengan tak sedarnya..

Apa yang kau nampak haritu.. semuanya tak betul, Dee. Sumpah aku tak tipu, dia tiba-tiba duduk atas riba aku. Aku tak tolak sebab terpaku nampak kau dalam screen. Otak aku blank sebab nampak kau. Cantik sangat.

Kalau aku tanya kau nak kahwin dengan aku tak, kau akan jawab apa? Aku takut kau tak nak. Aku nak kahwin dengan kau sebab nak lindung kau, kawan baik kau tu tikam belakang kau. Dia dengan abang dia dah rancang macam-macam untuk bunuh kau.

Hazel.. will you marry me?" Dia mengeluh perlahan lalu menggelengkan kepalanya.

"Adyen. Kalau saya jawab saya nak kahwin dengan awak, awak percaya tak?" perlahan dia bersuara.

"Macam mana boleh bercakap ni? Tapi untuk soalan kau tadi, mestilah aku percaya." balasnya tanpa sedar. Shawn dibelakang sudah menahan ketawanya bersama Eden dan Aiden.

"Terima kasih sebab sudi nak korbankan kehidupan awak semata-mata nak jaga saya, yes i will." tangan gadis itu mengusap rambut Adyen. Adyen langsung mengangkat kepalanya, terkebil-kebil dia memandang wajah pucat itu turut memandangnya.

Di berputar kebelakang. "Tampar aku jap, ni mimpi ni." Aiden menampar kuat pipi abangnya. Ha kan dah kena. Member dah lama pendam tu.

"Kau lepas dendam ke sial." marahnya.

"Sakit kan? Tak mimpi lah babi." Aiden tergelak melihat pipi merah abangnya bekas tamparan.

Mereka semua terkebil-kebil memandang dua beradik itu.

"God, thank you."

Aku nak cakap apa ni? Aduh. Nak nyorok dekat ketiak mommy boleh tak? Malu lah. Hilang macho aku, sudahlah.

Dia mengangguk sahaja lalu cepat-cepat meninggalkan wad itu. Mereka semua tergelak kuat. Pertama kali melihat lelaki itu malu.

"HAHAHAHAHHA TU ADYEN KE?" Soal Evan. Macam tak percaya.

"SIOT PIPI DENGAN TELINGA DIA MERAH BODOH. GELABAH MEMBER, PAKEJ BLUSHING LAGI HAHAHAHA BODOH." tambah Aiden.

"Amboi, best gelakkan orang?" soal Reena mendatar.

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now