ADYEN mengusap rambut Dee yang berada dihadapannya. Sebuah fail dihulur kepada isterinya. Dee menyambut fail tersebut dan memandang Adyen dengan pandangan hairan. Apa ni?
Fail tersebut dibuka. Dee membaca isi-isi didalam surat tersebut sebelum matanya membuntang besar. Terkedu.
"ABANG! APA NI!?" jeritnya kuat. Pelik betul hadiah hari jadinya. Bayangkan suaminya dalam diam memberinya sebuah klinik swasta atas namanya?
"Your birthday present." balas Adyen ringkas. Jika itu yang diimpikan isterinya, apa salahnya dia sebagai seorang suami melangsaikan impian isterinya. Lagipun, dia mampu jika isterinya mahukan sebuah klinik bahkan lebih daripada mampu jika yang dimahukan ialah sebuah hospital.
Dee seorang isteri yang baik, tidak meminta-minta walaupun dia berhak. Cuma ada kalanya, manjanya datang dan ada kalanya tidak. Dia juga tidak pernah rimas dan muak melayan karenah isterinya kerana wanita itu sedang mengandungkan anaknya. Jika tidak sekali pun, dia tetap akan melayan wanitanya seperti ratu.
Wajah Dee yang kemerahan ditatap lembut. Alahai comelnya, kenapa nak nangis? Tak suka ke orang bagi klinik? Ke nak hospital, boleh je sayang.
Sekejap saja suara tangisan wanita itu kedengaran. Adyen tergelak lalu menarik batang leher Dee dan ditekap di dadanya perlahan. Sebelah lagi tangannya mengusap belakang badan Dee. Menangis pula mak buyungnya ni!
"Shh, takmolah nangis sayang." Ubun-ubun Dee yang berada di bawah dagunya dikucup lembut.
"Hazel ingat abang tak bagi Hazel kerja.. Lepas tu abang bagi suprise macam ni, kalau tadi abang bagi something yang normal okey jugak. Ni sampai klinik." adunya. Bagai nak pengsan dia baca isi surat tu.
"Apa je yang tidak untuk Hazel? Tiada."
EVAN memandang kearah bulan yang terang dari balkoni biliknya. Sudah lama dia memikirkan hal ini, patutkah dia beritahu pada yang lain?
Tentang Luna? Bukan.
Tentang kerja? Bukan.
Tentang Grey Alpha M? Ya.
Grey Alpha M.. sebuah kumpulan mafia lain yang ditubuhkan oleh Sean Skylar Brayden dan Evan Julian Iverson. Seluruh ahli DeMeo kenal dengan kumpulan Grey Alpha M tapi tidak dengan pengasasnya.
"Patutkah aku beritahu je? Or should I keep this alone? Lambat-laun semua orang akan tahu jugak.." keluhnya. Dia cuma tidak mahu semua orang kecewa dengannya terutamanya abang dan adiknya. Dia dikira membelot jika dia didapati menubuhkan kumpulan lain sedangkan dia masih ahli kumpulan DeMeo.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...