45 || ⚔️

2.7K 87 0
                                    

"BOLEH berbuka sekarang tak? Aku rasa macam nak mati." rungut Shawn. Ethan menggelengkan kepalanya melarang Shawn membuka puasa.

"Seminggu je lagi puasa. Sabarlah. Sebelum ni elok je kau puasa." ujar Evan. Shawn mengeluh kemudian menyambung kerjanya. Matanya terpandang Aiden yang termenung. Pasti sedang memikirkan peristiwa kemarin.

FLASHBACK

"Kau sure ke nak buat harini?" soal Ferhad tegas. Adyen menganggukkan kepalanya.

"Sampai bila kita nak diam? Dah macam-macam cara dia buat nak ganggu keluarga kita." Naifal mengeluh.

Teringat kejadian minggu lepas sewaktu isterinya bersama adik bongsunya keluar belanja, mereka berdua nyaris saja dibunuh dari belakang tapi dia dan Adyen sempat menarik kedua lelaki tersebut. Fariha dan Dee langsung tidak mengesyak apa-apa bahkan tidak menoleh sedikit pun.

Kring Kring Kring

Mereka memandang Aiden. Aiden memohon maaf lalu mengangkat panggilan telefon daripada Erika.

"Hello? Kau nak apa? Aku ada kerja sikit ni." ujarnya tanpa memberi pihak disana bercakap terlebih dahulu.

"Haih, tak bagi aku cakap sikit pun ye kau? Hm.. cantik perempuan kau ni, taknak bagi aku ke? Sharing is caring bro." berubah keruh wajah mereka. Erika pasti diculik.

"Sial! Siapa kau!? Apa kau nak hah setan!? Kau jangan sentuh Erika!" makinya. Kaki menendang meja dihadapannya dengan kasar.

"Aku? Aku nak.. kakak ipar kau. Aku nak bunuh dia macam aku bunuh bapak dia dulu." Naufal merampas telefon Aiden.

"Kau! Tak guna Red Dragon! Jeffrey, kau jangan sentuh Erika! Jangan ganggu keluarga aku bangsat!" amuknya. Bagai hendak tekeluar jantungnya apabila dia baru perasan lelaki yang menculik Erika ialah lelaki yang sama membunuh bapanya dulu.

"Aku dah cakap, aku nak Madeena Natasha. Dia sumber kekayaan aku. Bapak tak guna kau tu dah bagi semua harta dia dekat perempuan tu, kau lupa ke? Aku abang bapak kau." ujarnya tenang.

Angkara dendam, dia membunuh bapa angkatnya dengan ibu tiri angkatnya. Angkat? Ya, dia anak angkat Raja Daffa dan isterinya. Mereka berdua telah berkahwin selama 7 tahun dan tidak mempunyai anak, akhirnya mereka bercadang untuk mengambil anak angkat.

Jeffrey bahagia bersama keluarganya namun bahagianya punah saat ibu angkatnya mengandungkan seorang anak. Raja Daffa melayannya sama rata dengan adiknya tapi bagi Jeffrey semuanya sudah berubah. Dia tidak mahukan adik, dia tidak mahu harta keluarganya berpindah sedangkan dia tahu dia sedikit pun tidak mempunyai hak.

"Kau takde kaitan darah dengan arwah datuk! Arwah datuk cuma bapa angkat kau! Sikit pun harta arwah datuk tak jatuh dekat kau melainkan dengan ayah dan maksu!" tengkingnya kuat. Wajah diraup kasar.

"Well, aku tak peduli. Bagi adik kau dekat aku atau aku bunuh Erika ni. Aku bagi masa sampai adik kau dah bersalin." panggilan ditamatkan. Naufal meletak semula telefon Aiden.

"Uncle Jeff? Kenapa aku tak tahu dia yang bunuh ayah!? Kenapa kau tahu!?" marah Naifal. Dia rasa bersalah kerana menuduh arwah datuknya membunuh ayahnya.

"Uncle Jeff bunuh ayah sebab harta. Aku tahu pun dari maksu dengan paksu." mata dipejam erat.

"Kita kena gunakan Dee untuk selamatkan Erika sekali balas dendam dekat Jeffrey. Lepas Dee bersalin kita pergi sana." putus Naufal. Adyen menggelengkan kepalanya.

"Tak! Aku tak bagi!" bangkang Adyen tegas.

"Dee mesti nak tahu siapa pembunuh ayah dia. Kau nak biar ke pembunuh ayah aku tu bunuh Erika? Kau tak kesian dekat Dee sebab tak rasa kasih sayang seorang ayah? Ibu aku? Diorang mesti berdendam dengan pembunuh ayah aku, kalau tak sebab Jeffrey, ayah aku hidup lagi dekat sini." hasut Naufal kasar. Adyen mengeluh.

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now