11 || ⚔️

4.1K 152 0
                                    

DEE berjalan ke luar balkoni biliknya. Dia menghirup udara segar pada malam itu dan memerhati langit yang bersih tanpa hiasan bintang bahkan bulan juga tidak kelihatan. Mungkin berada di arah berlawanan? Entahlah.

Dia memandang kearah balkoni bilik sebelah. Lelaki itu, sedang termenung sambil memegang gitarnya. Dee hanya memandang, tidak sikit pun hendak menegur.

"Kenapa tak tidur?" soal lelaki itu. Dee memandang hairan. Hah? Aku ke?

"Ye kau. Kenapa tak tidur lagi?" Eh!? Macam mana dia baca fikiran aku!?

"Saya tak mengantuk lagi. Awak menungkan apa dekat luar ni?" soal Dee. Dia memandang langit yang memerah itu. Mesti nak hujan lebat, kalau jerit pun orang tak dengar.

"Berhenti kerja. Aku tak nak kau kerja dekat hospital tu lagi, jadi doktor peribadi kami." ujar Adyen tiba-tiba. Hah? Tapi sayanglah dia belajar di luar negara beberapa tahun sebelum dia pindah di universiti dalam Malaysia.

"Bagi saya fikir dulu. Saya masuk dulu, dah nak hujan. Awak tu, tidur tau. Esok sebelum saya flight, saya nak nampak awak. Mana lah tau lepas ni saya dah takde." katanya sebelum masuk kedalam bilik.

Adyen mengangkat gitarnya dan dibawa kedalam biliknya memandangkan hujan sudah mulai turun.

Dia berbaring dibiliknya dan memandang silingnya yang berwarna putih. Dinding biliknya semua berwarna hitam elegant. Dia memikirkan apa yang dikatakan oleh Ethan.

Kahwin? Tanpa rasa cinta? Perlu ke? Haih. Dia mengeluh perlahan dan menguatkan suhu aircond dan masuk kedalam selimut.

"Tak nak kahwin boleh tak?" soalnya. Eh bukan tak nak kahwin, nanti orang sangka songsang pula.

"Dah lima bulan dekat Malaysia, nak kena balik US jugak nanti. Sabar Adyen, lagi sebulan. Lepas semuanya selesai, kita balik US." ya, The Louise Family bukanlah warganegara Malaysia.

Tuan Darrel Louise merupakan anak kelahiran United States manakala Puan Adyana Louisa merupakan puteri kerajaan Sweden dan Hawaii.

Iverson Triplets pula kelahiran Spain. Shawn berasal dari United States namun tidak mempunyai mix seperti Louise Family.

Naufal, Naifal, Dee dan Reena merupakan kelahiran asal Perancis dan Dubai namun mereka membesar di Malaysia memandangkan ayah mereka merupakan kacukan Malaysia dan Arab.

Tapi jika dilihat melalui muka mereka hanya 20% Arab dan 80% France. Tiada langsung muka Malaysia dan Italy.

Adyen melelapkan matanya dan tidur dengan suasana hujan.

Adyen melelapkan matanya dan tidur dengan suasana hujan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DEE yang telah bersiap keluar dari biliknya. Nak jumpa Fariha dengan Fatiha!

"Ha awal pagi nak kemana?" soal Puan Delayna mengejutkan anaknya. Allahuakbar!

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now