25 || ⚔️

3.3K 135 4
                                    

PANG

"You ni kenapa!? Datang-datang terus nak tampar orang!" marah Diana. Dia memegang pipinya yang ditampar. Bibirnya pecah akibat tamparan yang kuat.

"Kau ingat aku bodoh ke nak percaya cakap kau?" soal Aiden dingin. Dia sudah tahu semuanya.

"Apa! Kan I cakap badan kitorang tak seimbang." balasnya yakin. Jangan cakap dia tengok CCTV.

PANG

Sekali lagi pipi mulusnya ditampar tapi kali ini ditampar oleh Adyen yang disangka suami Dee.

"Kalau apa-apa jadi dekat bini aku, kau siap." ujarnya dingin. Puan Delayna gusar, takut apa-apa jadi pada anak dan cucunya.

Kandungan anaknya masih baru, dia tidak begitu yakin bahawa kandungan anaknya akan selamat namun dia segera istighfar dan membuang fikiran negatifnya.

Naufal dan Naifal menenangkan ibu mereka. Kang kena darah tinggi orang tua tu. Ayna dan Fariha berada didalam untuk menangani Dee.

Reena pula turun ke kantin bersama Puan Adyana untuk membeli air. Tuan Darrel turut mengikuti mereka. Yang lain sedang menunggu Fariha dan Ayna.

Aafiyah dan Aafiyz dihantar semula kepada MakSom.

"Dia takkan apa-apa pun lah! Kitorang jatuh bukan tinggi sangat lagipun bukan dia je yang cedera!" balas Diana kasar. Dahinya sudah dirawat sebentar tadi.

Klak

Ayna dan Fariha yang memakai kot putih itu keluar daripada labour room. Adyen segera mendekati adiknya begitu juga Naifal.

"How's she?" soal Naifal. Mereka semua berdebar memandang wajah muram dua gadis itu.

"I'm sorry.." Fariha menunduk memandang lantai.

"We can't save the baby. Dee pun 70/30 sebab dia jatuh bukan rendah tapi dari atas kebawah. Hentakkan pada punggung dia kuat. Nasib rahim dia masih kuat." dia memandang mata tajam abangnya sebelum pandangannya berubah memandang gadis disebelah Aiden.

Dia mendekati Diana sebelum pipi mulus itu ditampar. Fuh nasib tak berjerebu. Foundation sepuluh lapis ke dia ni?

PANG

"Kau! Kau yang tolak adik ipar aku kan? Tak guna punya perempuan! Kau dah bunuh anak sedara aku!" Ayna menolak badan Diana kasar sehingga terhentak di dinding.

Belum sempat Diana menarik rambut Ayna, Aiden terlebih dahulu menarik rambutnya. Ayna menayang senyum sinis. Who are you girl? How dare you trying to pull my hair.

Aiden menarik kasar Diana dan dibawa ke mansion semula. Perempuan tu patut diberi pengajaran.

Ethan menarik senyum sinis. Tidak pernah dia nampak Aiden jadi sebegitu marah. Dia dan Evan mengikut Aiden dari belakang diikuti dengan Shawn.

Naufal terduduk lemah. Anak saudaranya tidak boleh diselamatkan. Nasib adiknya selamat. Alhamdulillah.

"Pindahkan dia pergi wad." arah Adyen.

"Okay, oh ya before that Dee kena pantang 40 hari and kalau takde apa-apa sebelum maghrib nanti, dia dah boleh keluar."ujar Ayna. Dia mengeluh sebelum masuk semula kedalam.

Adyen mengikut Ayna masuk kedalam untuk memandang ari-ari bayi.

"This is the baby that we tried to save. Ni ari-ari dia kena tanam. Bentuk dia pun tak nampak lagi, dia masih dalam bentuk air dan daging pun tiada. Dia masih baru, masih dalam pembentukan." ujar Ayna. Benar, tiada janin berusia tiga minggu sudah mempunyai daging. 9 minggu baru menampakkan daging bayi dan detak jantung dikesan.

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now