8 BULAN BERLALU..
Adyen duduk mencangkung dan menyiram air bunga keatas makam itu. Dia mengusap batu nisan itu dan mengeluarkan daun kering dari makam itu.
Puan Delayna turut membersihkan kubur pemilik hatinya itu. Dia berganjak kebelakang dan membiarkan anak gadisnya menyiram air keatas batu nisan itu.
Aiden mengusap bahu Naufal yang kelihatan tidak berdaya itu. Naufal terkena demam panas akibat seharian berdiri dibawah panas. Dia diarahkan untuk melatih tunang kawannya itu.
Tunang kawannya itu tidak kurang sepertinya. Sama-sama demam, cuma gadis itu tidak terlalu lemah daripada dia tapi suhu badan mereka tak kurang lebih juga.
Ayna memandang risau tunangnya itu. Macam tak okay je? Tunang aku ni suruh berehat dalam kereta, sibuk juga nak turun.
"Marilah masuk kereta, awak tu demam." pujuk Ayna. Naufal tersenyum memandang wajah risau gadisnya. Dia mengangguk, kepalanya juga semakin pening.
"Ibu, kami nak balik dah. Ibu tak nak ikut? Panas ni, nanti ibu sakit juga." soal Ayna. Puan Delayna mendekati bakal menantunya.
"Ibu balik dululah. Tak larat pulak lama-lama dekat sini.. Saya balik dulu, nanti saya jenguk abang lagi tau." Puan Delayna mengusap batu nisan itu sebelum mengekori anak menantunya.
Reena, Naifal dan Fariha tidak turun ke kubur memandangkan dua gadis itu sedang datang bulan. Naifal pula sudah turun bersendirian sebelum yang lain turun.
"Kami balik dulu bro." Aiden turut mengikut mereka bersama Eden. Ethan hanya memberi isyarat bahawa dia hendak pulang bersama Evan. Adyen mengangguk sahaja.
"Ayah.. Shawn balik dulu, nanti Shawn datang lagi. Ayah doakan Shawn tergerak hati nak masuk Islam tau." Shawn meninggalkan Adyen dikubur itu. Pandailah jantan tu nak balik.
"Kau tak nak balik ke?" soalnya kepada gadis dihadapannya itu.
"Nak balik dah..? Ayah.. Hazel balik dulu tau. Terima kasih sebab bantu doakan kesihatan Hazel, Hazel sayang ayah. Ada masa nanti Hazel datang lagi." ujarnya, dia tersenyum kemudian menggulung tikar mengkuang itu dan membawa jag ditangannya.
Adyen langsung mengangkat payung ditangannya dan mengikut gadis itu dari belakang. Adyen merasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk melihat gadis itu.
Ya, dengan izin Allah.. gadis itu diberikan peluang untuk bernafas dan melihat dunia. Bagaimana gadis itu boleh bernafas semula? Tiada siapa yang tahu, semuanya rahsia Allah S.W.T.
Flashback
"DOKTOR!!" jerit nurse itu. Doktor itu segera masuk kedalam dengan wajah seriusnya.
Dia memandang nurse itu yang menunjuk kearah ECG monitor yang menunjukkan detak jantung gadis itu berubah seperti normal.
Doktor itu langsung mendekat dan meletakkan dua jarinya dileher gadis itu untuk mencari nadi gadis itu. MasyaAllah.. ada.
Dee perlahan-lahan membuka matanya. Hanya ada cahaya putih semakin lama semakin kabur. Dia memandang ke sekelilingnya, ada doktor lelaki dan perempuan serta beberapa orang jururawat.
"Apa yang dah jadi ni?" soalnya. Doktor itu tersenyum lebar. Alhamdulillah gadis itu sedar! Jarang nak jumpa pesakit yang hidup semula.
"Awak baru sahaja selesai pembedahan dan.." doktor wanita itu memandang kearah doktor lelaki disebelahnya.
"Awak mati suri. Alhamdulillah awak masih diberi peluang untuk bernafas dan melihat keindahan bumi." sambung doktor lelaki itu. Dee mengangguk lalu tersenyum.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...