DUA BULAN KEMUDIAN
Sudah dua bulan berlalu sejak raya kedua mereka bersama. Sean dan Evan juga sudah pulang ke Singapura.
Kini mereka bersiap sedia hendak menyelamatkan Erika dari tawanan Jeffrey. Dee yang sudah selesai berpantang dijadikan bahan menarik perhatian Jeffrey.
Turut bersama mereka, Merguerite dan Zachary merancang hendak membantu mereka kerana tidak mahu membiarkan Dee dalam bahaya.
Zachary hanya bersama dengan Jeffrey untuk memerangkap Jeffrey. Buat apa dia berdendam lagi jika dia sudah pasti cintanya lebih jelas kepada Merguerite bukan Dee.
"Saya takut.." ujar Dee sebaik saja menarik Adyen ke tandas. Benar dia takut hendak bertemu dengan pembunuh ayahnya.
"Dear.." panggil Adyen perlahan.
"Hey, wife listen, abang pun takut nak hilang sayang tapi sayang kena yakin. Sayang taknak balas dendam untuk ayah dengan nenek hm?" pujuk Adyen lembut. Kepala gadis itu diusap-usap lembut.
Nafas Dee semakin tidak teratur. Sebak dadanya. Dia mahu membalas dendam untuk ayahnya kerana mereka terpisah 20 tahun lamanya tapi dalam masa yang sama.. dia takut jika dia tewas, bagaimana dengan anak-anaknya?
Matanya terpejam erat, esaknya kedengaran perlahan tapi tidak dengan airmatanya. Perasaannya? Dia sedang menangis tapi airmatanya tidak mampu mengalir.
"Shh.. I know you can do it my love. I put my trust on you, abang janji kalau sayang susah abang akan terus dekat sebelah sayang." wajah Dee ditarik ke dadanya.
"Abang janji? Kalau Hazel tewas, abang jaga anak-anak kita elok-elok? Abang carikan dia ibu, sayang taknak dia tak rasa kasih sayang ibu. Hazel takut.. Hazel takut abang.." tangisnya perlahan. Belakang baju Adyen dicengkam.
"Nothing gonna happen, I promise you my queen."
Sebaik saja Dee melepaskan pelukan, Adyen menarik batang leher isterinya perlahan. Badan ditundukkan sedikit, bibir dilabuhkan di bibir merah isterinya.
Lama.. bibir mereka bertaut sebelum dia melepaskan isterinya. Masing-masing mencari nafas yang seakan hilang beberapa minit. Setelah selesai, dahi isterinya dikucup lama agar dia memberi semangat pada wanita itu.
Jam ditangannya ditilik. 7 malam. Dee dipandang semula, kepala dianggukkan.
"Kita tengok babies kejap." pujuk Adyen lembut.
Bahu Dee dirangkul ke ruang tamu semula. Dee melabuh punggung disebelah Puan Delayna. Anak sulungnya didukung kemudian dikucup di dahi. Dia memandang mereka semua meminta untuk ditinggal bersama anak-anaknya sementara.
Mereka semua berdiri dan berlalu ke bilik mesyuarat. Masing-masing berberat hati hendak melepaskan anak mereka. Adyen melabuh punggung disebelah isterinya.
"Sayang.. anak mummy jadi good boy tau? Jaga adik-adik, jaga daddy, jaga keluarga kita sayang. Mummy minta maaf.. mummy always love you." ujarnya lembut. Seakan faham, si kecil Ayden mengalirkan airmata tanpa mengeluarkan suara.
"Aaden, Hana, Hannah.. mummy minta maaf sayang. Mummy pergi tau? Jangan nakal, sayang daddy." lama dahi anak-anaknya dikucup. Airmata wanita itu perlahan-lahan mengalir ke wajah anaknya.
Tangan sikecil Aaden naik mengusap pipi ibunya sambil mulutnya mengeluarkan suara seakan-akan memujuk. Semakin deras airmatanya mengalir.
Ya Allah.. sungguh dia tidak mahu meninggalkan anaknya tapi entah kenapa dendam dalam hatinya sangat mencucuk jantungnya. Mengungati tentang itu saja sudah membuatkan hatinya menggelegak panas.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...