DEE memandang ikan di pinggannya. Ikan ni lagi.. Dia menolak perlahan pinggan itu sambil menggeleng. Tak mahu..
"Makan."
Adyen memandang tajam Dee yang menolak pinggan berisi ikan merah. Adyen mengcubit ikan merah itu dan di letak diatas nasi gadis itu.
"Awak makan sekali," arahnya. Adyen mengangguk.
Apa saja yang tidak untuk wanita itu? Absolutely nothing to deny what she's asked for. Wanita kesayangannya. Jujur dia katakan, dia menyayangi gadis itu sepenuh hati bahkan cintanya turut tumbuh mekar kepada gadis yang dikenalinya selama 16 tahun itu.
16 tahun.. mereka mempunyai sejarah bersama. Hanya dia yang mengenali gadis kecil itu, Dee langsung tidak mengenalinya kerana dia tidak pernah memberitahu namanya kepada gadis itu.
FLASHBACK
Gadis kecil itu bermain bola bersendirian di halaman rumahnya. Ibu kata abang dengan kakak akan balik satu hari nanti tapi sampai sekarang tak ada.
Ibu pun cakap, ayah ambil kakak dengan abang. Ayah jahat! Tak bawa Hazel dengan ibu sekali. Ayah tinggalkan ibu dengan Hazel masa Hazel kecil.
Ayah.. mana ayah pergi? Hazel dah 6 tahun. Hazel dah besar, dah boleh bantu ibu kemas rumah tapi Hazel masih perlukan ayah.. Ayah semangat Hazel tapi ayah hilang..
Akibat terlalu lama memandang langit dan berbual dengan langit seakan-akan langit ialah ayahnya, dia tidak sedar bahawa bola nya sudah tergolek ke tengah jalan.
Gadis kecil itu mencari bolanya. Ah! Tu pun bola Hazel.. Jap eh bola, Hazel datang nak ambil awak nii.
Dia berjalan ke tengah jalan yang kosong itu. Hazel duduk mencangkung dihadapan bolanya yang berwarna pink itu.
"Awak ni, golek jangan jauh sangat. Nanti Hazel susah nak ambil, ibu marah pulak."
"Kenapa makin kempis..?"
"Ah! Keluar angin.. bola!!! Awak sakit ni hiks. Janganlah sakit, nanti Hazel nak main apa kalau awak kempis." Cebiknya.
PON PON
Hazel segera memandang kesebelah kanannya. Kereta! Kakinya bagai tergam di tengah jalan itu.
PAK!
Seorang kanak-kanak lelaki menarik Hazel ke tepi jalan. Dia mengusap lengan Hazel yang terluka. Kanak-kanak berumur 12 tahun itu berdiri dan menepuk punggungnya bagi menghilangkan debu yang melekat.
Dia terpempan memandang gadis cantik itu.. wajahnya ada iras-iras Naufal. Sahabat karibnya. Pelanduk dua serupa kut?
"Cantik," ujarnya sepatah. Hazel yang terduduk itu memandang Adyen yang menghulurkan tangannya. Hazel berdiri dihadapan lelaki itu dengan huluran tangan yang masih tersambung.
Tingginya.. Hazel hanya separas dada kanak-kanak lelaki itu.
"Terima kasih bantu kita. Nama kita Dee, awak siapa?" soalnya.
"Sama-sama." kanak-kanak lelaki itu meninggalkan Hazel bersendirian tanpa memperkenalkan dirinya.
Dee memuncungkan bibirnya. Sombong!
Adyen memandang gadis kecil itu membebel dari jauh. Dia mengukir senyum lembut.
Till we met again princess. If that day has come, I'll make sure you'll be mine and know everything about me. Sorry for leaving.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomantikTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...