"HMM.. rasanya dah lama aku tak masuk kerja ni." gumam Dee. Dia duduk bersila diatas katilnya sambil memandang MacBook Pro miliknya.
Ada dua jenis laptop yang dimilikinya, satu digunakan untuk berkerja dan satu lagi untuk saja-saja memandangkan dia suka bermain game online dan menonton movie atau drama.
Dia menutup MacBook tersebut lalu keluar dari biliknya bersama rambutnya yang telah diikat satu bersama rambut depannya di belah tengah.
"Aku pernah tawaf mansion ni ke eh? Rasanya tak pernah, jom kita tawaf tingkat atas." dia berjalan menuju ke lift dengan riang. Tak sabar nak tawaf mansion besar ni.
Dia keluar dari lift tersebut dan berjalan memandang setiap pintu bilik. Dia menolak satu persatu pintu bilik.
"Wah! Ada rak buku! Banyak novel. Agak-agak kalau aku terperap dalam ni ada yang tau tak? Hihi." kekehnya. Haih, takpelah nanti saya datang lagi. Saya tawaf dulu tingkat ni, besar betul.
Dia berjalan keluar dari library itu dan berjalan lagi ke depan. Dia memandang hairan satu lorong gelap itu. Tanpa rasa takut, dia meneruskan perjalanannya yang mengambil masa 3 minit untuk sampai.
Setelah tiba disitu, mulutnya ternganga memandang padang besar itu bersama banyak bahan api yang tersusun di tempat tersendiri bersama labelnya. Dia tersenyum memandang pistol itu, dah lama tak pegang pistol.
Dee membuka pintu rak kaca itu dan mengeluarkan sebiji Baretta berwarna rose gold.
"WEH CEPAT NAIK! DEE DEKAT PADANG, NANTI TERTEMBAK DIRI SENDIRI KANG BAHAYA!" kelam kabut Shawn mengajak mereka semua naik. Dia dan Evan baru sahaja dari bilik CCTV tiba-tiba terpandang gadis itu masuk ke padang tempat mereka berlatih.
"Hah!" Mereka semua berlari masuk kedalam lift untuk naik ketingkat atas. Ya, padang tempat mereka berlatih berada di tingkat atas. Bukan padang yang berumput tapi padang berlantai biasa bersama beberapa rak yang menyimpan alatan bahan api seperti pistol, senapang dan bom tangan.
Setelah sampai di tingkat atas, laju sahaja mereka berjalan didalam lorong gelap itu.
Shawn, Evan, Eden, Ethan, Aiden dan Adyen ternganga memandang gadis itu mengacu pistol kearah anak patung itu. Naufal dan Naifal terkebil-kebil memandang adik bongsu mereka menjadi ganas.
Adyen mengarahkan mereka untuk berdiam dan lihat sahaja kelakuan gadis itu. Dia tahu Dee pandai bermain pistol tanpa membahayakan dirinya tapi bila gadis itu melihat dia mengacu pistol kepada orang lain, gadis itu kelihatan sungguh takut.
Dee memegang pistol itu menggunakan tangan kirinya sahaja dan menyasarkan pistol itu didahi patung itu. Dia mula focus memandang hadapan dan.. smirk seakan-akan hendak membunuh orang.
BANG BANG BANG
Tiga peluru tepat menembusi dahi tiga patung itu dengan pantas. Mereka ternganga memandang gadis itu menembak dengan pantas dan tepat.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...