TANGANNYA disulam dengan tangan isterinya. Mereka berdua berjalan hendak ke pintu dewan namun pergerakan mereka terhenti akibat deringan telefon Adyen yang meminta untuk diangkat.
Sebelah tangan dikocek ke poket seluar mengambil telefon. Isterinya ditinggal sebentar sementara dia mengangkat panggilan.
Dia datang semula dengan sekeping kad jemputan.
"Wifey masuk dulu, aku ada hal sikit. Ni tunjuk dekat pengawal dia. Dah masuk nanti duduk meja depan lepastu tunggu Ayna dengan yang lain." arahnya. Kad itu dihulurkan pada isterinya.
Dee menyambut huluran tersebut dan mengangguk. Dia berjalan masuk ke pintu dewan. Kad dihulurkan kepada pengawal itu diatas nama Adyen Louise. Dia diarahkan untuk duduk dimeja VVIP yang dikhaskan untuk keluarga Louise.
"She's so pretty, who is she?"
"That black gown really suit her, who's her partner?"
"I think she's with Louise Family. She sat at the VVIP table."
"I don't think, she's that pretty compared to Elaina."
"She's just like an angel.."
Bunyi suara-suara orang bercakap mengenainya hanya diabaikan. Kedengaran pelbagai pujian, hinaan dan kritikan yang dilemparkan padanya namun dia membalas dengan wajah dingin dan tidak peduli.
Sungguh cantik isteri kepada pemilik syarikat Louise Holding itu. Dia memakai gaun yang sedikit kembang dibawah berwarna hitam. Gaun itu turut digayakan dengan kot pendek yang dijahit sekali dibahagian dada sehingga paras bawah dadanya.
Rambutnya tidak diikat dan dibiarkan terurai cantik dibelakangnya. Kasut pula, dia memakai high heels hitam.
"Why are you sitting here? This table is only for Louise Family and their partner." seorang gadis menegurnya dengan tegas walaupun belum memandang wajahnya. Dee mengangkat kepala memandang gadis itu. Eh? Elaina.. Qesha Elaina musuh zaman universitinya.
"Kau!?" jerit gadis itu.
"Elaina..?" dia turut terkedu memandang gadis itu.
"Apa yang kau buat dekat sini!? Macam mana kau tau pasal event papa aku ni!? Dahlah tak malu duduk meja Louise Family!" bentak gadis itu. Dia sungguh benci memandang musuhnya menjadi perhatian.
"Papa kau..? You mean, Qey Alvin?" soalnya hairan. Ah..
"Yelah!"
"Oh, aku datang dengan husb-" terpotong ayatnya apabila Adyen yang baru datang langsung membelek-belek badannya dari atas kebawah.
"Here you are wifey. Aku ingat kau hilang tadi." Dada diusap perlahan menghilangkan debaran. Dia tak tahu pula jemputan yang diberi mengikut nombor meja yang dikhaskan untuk mereka.
"Saya ada je dekat sini. Husband, this is Qesha Elaina anak Qey Alvin. Elaina, this is my husband.. Adyen Louise." bibirnya mengukir senyum herot memandang wajah terkedu Elaina.
Elaina menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Adyen namun segera disambut lalu digenggam kuat oleh Dee.
"Sayang.. you're holding her hands too hard." ujar Adyen. Bukan tidak perasan pun.
"Oh, I'm so sorry miss."
"Tak apa. I pergi dulu, kalau ada masalah boleh panggil I." ujar Elaina mendatar lalu pergi dari situ.
Mereka berdua duduk di kerusi yang disediakan. Adyen menggenggam tangan Dee erat. Gadis itu membalas genggaman tangan suaminya dengan senyuman manis.
Semua orang terkedu memandang mereka berdua. Dua pasangan beku yang disatukan menjadi cairan panas membuat hati semua orang melting.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomansaTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...