ADYEN langsung masuk kedalam mansion. Semua anak buahnya menunduk hormat.
"Adyen, kenapa ni?" soal Vanessa hairan. Tiba-tiba je datang, mesti ada apa-apa kan?
"Meeting room, now." mereka semua mengangguk lalu masing-masing berjalan ke bilik mesyuarat. Bilik itu digunakan jika mereka hendak merancang untuk peperangan jadi mereka tahu apa yang akan terjadi.
Tidak akan ada perang berlaku jika musuh mereka tidak mencari pasal. Dahlia dan yang lain berjalan bersama suami masing-masing.
"My fiancee got caught in her room at my house by V. We need a plan. They also caught Ayna. Ethan, hack the location. Naifal you know your work." Ethan dan Naifal masing-masing melakukan kerja mereka. Evan juga mengambil laptopnya dan meng'hack' untuk mencari lokasi keberadaan Dee dan Ayna.
"Dude what? They caught my fiancee too?" soal Naufal. Dia mendapat anggukan dari Adyen membuatkan dia mengetap bibir.
Adyen melekat kertas berdarah tadi di papan.
"We need Fariha and Fatiha. Aku pasti dorang tau V bawa Dee dengan Ayna dekat mana. Lepas dah dapat baru kita rancang pasal peperangan. Be ready everyone. Keep on praying for our life. Yang dah kahwin aku tak galakkan korang ikut sebab dah berkeluarga but kalau nak ikut silakan." dia tau bila masuk peperangan, semua gemuruh takut diri mereka gugur dalam peperangan.
"Kita ikut.. please? Awal lagi sebelum kita masuk sini kita memang dah sedia untuk lepaskan nyawa kita untuk kumpulan ni." pujuk Hinata. Suaminya mengangguk begitu juga dengan yang lain.
"Kami semua ikut." ujar Dahlia mewakili Main Senior DeMeo yang lain.
"Okay good. Bersurai."
Hanya ada Master DeMeo, Reena dan Vanessa sahaja disitu. Mereka hendak membincangkan plan untuk menangkap Fatiha. Fariha senang saja hendak di panggil.
"Okay.. aku ada plan." ujar Reena dan Naifal serentak. Mereka berdua sangat cekap dalam mencipta plan.
"Okay Vanessa, nampaknya kau kena balik mansion V. Since dia sayangkan kau sangat-sangat, aku nak kau balik mansion dia and pujuk dia. Cakap yang kau terpaksa buat semua tu kalau tak kami akan bunuh mak kau dalam hospital. Dia sayang kau, aku pasti dia akan ikut. Kalau Fatiha ada menghalang ke apa, kau tau apa yang kau kena cakap kan?" soal Reena. Vanessa menganggukkan kepala. Dia sudah tahu apa yang hendak dibuat.
"Plan kau?" soal Adyen kepada Naifal.
"Macam yang korang tau, Fatiha akan keluar setiap malam pergi club. Dekat situ, kita akan perangkap dia. Masukkan pil dalam air dia lepas tu bila dia dah khayal, Adyen turn kau untuk bawa dia balik mansion. Tapi ingat, selagi tak jauh dari club, kau tak boleh berkasar dekat dia melainkan dia cuba untuk raba kau atau apa sekali pun."
"Lepas tu, Vanessa malam yang kitorang nak bawa dia balik mansion tu, kau kena minta izin V untuk keluar and bersorok. Tapi kau kena pasang ni dekat bawah kereta V supaya senang untuk kita kesan dia nak pergi mana." Naifal menunjukkan mereka satu pin kecil. Pin yang tersangatlah kecil tapi berupaya untuk mengesan lokasi seseorang.
Vanessa menganggukkan kepalanya. Dia tahu apa perancangan mereka. Adyen hanya mendengar perancangan itu. Dia tidak terlalu percaya dengan Vanessa tapi tidak mengapa.
"Nanti pakai ni. Aku nak dengar apa yang V cakap 24 jam. Jangan lepas atau matikan." arahnya. Dia menghulurkan satu earpiece kepada Vanessa.
Vanessa memutar-mutar earpiece itu lalu disimpan kedalam pocket. Vanessa keluar dari bilik itu setelah meminta izin. Seperti dalam perancangan, dia harus memujuk suaminya.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...