MEREKA berada di Louise Private Airport. Hanya orang tertentu dan pekerja sahaja dibenarkan masuk.
" You! Nanti kalau sampai sana jangan lupakan I pula." pesan Shawn. Dee tergelak perlahan. Dah 100 kali dia pesan. Dari rumah lagi.
"Ye Shawn, you pun sama. Macam lah I dah tak balik Malaysia. I pergi sekejap je." Balas Dee sambil tersenyum. Shawn menggosok belakang lehernya.
"Kau ni dah berapa kali pesan dekat Dee, tak habis-habis betul." Evan menepuk kepala Shawn kuat.
"SAKIT BABI! Dasar anak babi, perangai pun macam babi." bodoh betul, habis kepala aku kena tepuk. Nanti aku jadi bodoh takde siapa nak aku.
Dee menapak ketempat lebih jauh. Dia mengangkat panggilan telefon dari kawannya. Fatiha.
"Hello, Assalamualaikum. Ada apa ni Teha?"
"Hello, waalaikumsalam babe. Kau dah nak gerak ke?" soal Fatiha.
"Haah kenapa?"
"Takdelah, tanya je. Apa number flight kau eh?"
"Tak tahu, aku ikut ibu je. Semua benda ibu dengan kakak aku yang urus." balas Dee. Fatiha disana sudah menghentak meja dihadapannya.
"Oh macam tu. Takpelah, have a safe flight.. bestfriend." Fatiha menamatkan panggilannya.
Dia perli aku ke? Haih.
Dee mengeluh perlahan. Dia berputar hendak pergi kearah ibunya yang sedang duduk.
Buk
Aduh! Aku langgar apa ni? Tiang ke. Sakit betul.
Dia mengangkat kepalanya perlahan-lahan.
"Awak dah kenapa berdiri tengah jalan? Habis saya terjatuh." Dee berdiri lalu membersihkan seluarnya dibelakang. Tak kotor pun, acah je.
"Kau yang jalan tak tengok depan." lelaki dingin itu membalas. Perempuan ni semua benda nak betul. Dia salah pun boleh jadi betul.
"Suka hati saya lah."
"Aku ada benda nak cakap ni." Adyen menahan tangan gadis itu saat dia hendak berlalu.
"Apa dia?"
"Fatiha minta number aku, kenapa tak bagi?" soalan lelaki itu seperti menjerat leher Dee membuatkan dia tak mampu bersuara.
Macam mana dia tahu? Haish!
"Suka hati saya lah nak bagi ke tak. Bukan masalah awak, dah lah tepi." gadis itu merengus apabila sekali lagi tangannya di tahan.
"Awak nak apa sebenarnya ni? Kalau awak nak number dia apa kata awak pergi minta sendiri! Dia kerja dekat hospital keluarga awak!" marah gadis itu. Tanpa sengaja dia tertinggikan suara pada lelaki itu.
Adyen memejam matanya menahan sabar. Perempuan ni.. tak cakap pun aku nak number kawan dia tu.
Dee menghempas tangan lelaki itu kemudian duduk ditengah Puan Adyana dan ibunya. Pedulilah, malas nak ambil tahu.
Puan Delayna memandang anaknya. Kenapa ni?
"Kenapa ni? Kamu gaduh dengan Adyen ke? Adyen buat apa, cuba bagitahu mommy." pujuk Puan Adyana.
"Takdelah, kami okey je. Dee tak boleh tahan perasaan marah tadi sebab ada orang chat benda bukan-bukan." tipunya. Dia menggenggam tangannya.
"Oh.." Dee memejamkan matanya manakala kepalanya direhatkan dibahu ibunya. Masih ada lagi satu jam baru berlepas.
Oh! Lelaki tu nak number Teha.
Dia mengambil iPhone nya didalam beg kemudian memberi number kawannya ke Whatsapp milik lelaki itu.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...