PROLOGUE

7.9K 253 3
                                    

"IBU nak makan apa? Biar Dee masak." Soalnya kepada si ibu yang sedang duduk memerhatinya.

Gadis itu baru sahaja pulang dari membeli barang dapur. Dia gadis yang terpaksa belajar dan berkerja disatu masa yang sama.

"Ibu?" Panggilnya lagi.

"Dee masak je apa pun ibu makan." Balas ibunya singkat.

"Ibu okay? Ubat ibu cukup tak?" Soal si anak dengan lembut.

"Okay.. cukup je semuanya.. Dee, ibu nak cakap sesuatu boleh?"

"Boleh ibu. Ibu nak cakap apa?" Hazel Madeena, gadis bermata hijau itu bertanya kepada ibunya.

"Ibu minta maaf sebab Dee terpaksa belajar sambil kerja macam ni.. ibu dah tak mampu nak berkerja atas faktor kesihatan ibu, ibu minta maaf sebab susa-" Percakapan Puan Delayna terpotong oleh suara anaknya.

"Ibu apa ibu cakap ni? Ibu tak susahkan Dee pun okay? Dee okay je." Hazel Madeena mendekati ibunya lalu melutut didepan ibunya sambil memaut tangan lembut ibunya.

"Kalau ayah tak tinggal kita, mesti kita tak macam ni sayang. Maafkan ibu sebab waktu sepatutnya Dee berseronok jadi waktu yang menyusahkan Dee." Puan Delayna mengusap rambut anaknya itu.

"Sudahlah ibu, tak payahlah ingat lagi dia tu. Kalau betul dia sayang kita, dia tak tinggal kita berdua. Dia tak bawa kakak dengan abang pergi dengan dia sebab dia tahu kita takkan mampu hidup berdua je." Balasnya perlahan dan berlalu kedapur semula.

Muak jika ayahnya dijadikan topik untuk berbual. Sungguh dia benci akan lelaki yang bernama Ahmad Haril. Lelaki yang meninggalkannya bersama ibunya tanpa sebab.

Puan Delayna melepaskan keluhan berat. Inilah anaknya, keras sungguh mengalahkan batu hatinya. Jika dia kata taknak, taknaklah.

Kalau dia nak, dia tak susahkan orang. Dia buat sendiri. Sungguh, independent. Puan Delayna rasa tak sedap hati menyusahkan anak bongsunya itu.

 Puan Delayna rasa tak sedap hati menyusahkan anak bongsunya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

UPDATE : 20012022

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now