33 || ⚔️

3.4K 90 2
                                    

SETELAH 19 jam berada didalam kapal terbang, mereka telah mendarat di bumi US 4 jam lepas. Kini sudah pukul 10 pagi di US dan 10 malam di Malaysia.

Reena mengetuk pintu bilik Adyen. Dia memandang Adyen yang membuka pintu sedikit. Kelihatan lelaki itu penat.

"Er.. Dah kejut Dee?" soalnya.

"Kenapa? Dia tidur lagi." balas Adyen. Dia membuka pintu menunjukkan Dee yang masih terbaring lemah.

"Oh.. kejut dia lepas tu mandikan, nanti sekejap lagi nak bagi dia makan bubur lepas tu makan ubat. Takut demam dia melarat nanti." ujar gadis itu. Adyen mengangguk lalu membiarkan Reena turun kebawah. Dia menutup semula pintu lalu beralih ke katil.

Bahu isterinya ditepuk perlahan mengejutkan gadis itu. Dee merengek kecil lalu memeluk Adyen.

"Wifey.. bangun mandi dulu." pujuknya. Air matanya mengalir dari tubir mata. Kepalanya pening tidak mahu tidurnya diganggu.

"Tak nak.. nak tidur. Sejuk.." tangisnya perlahan.

"Hey, tak mahu macam tu.. bangun kejap mandi lepas tu makan, lepas makan boleh tidur balik okay?" Adyen memujuk isterinya lembut. Gadis itu mula mendengar suaminya.

Adyen mengambil tuala lalu memapah isterinya ketandas. Pakaian isterinya dibuka menyisakan pakaian dalam gadis itu. Kain batik disarung ke tubuh itu. Shower dihidupkan membiarkan air menyiram kepala gadis itu agar haba panasnya tidak terperap didalam badan.

Syampu dan sabun dipakaikan kepada gadis itu. Kelihatan wajah gadis itu memucat. Mungkin masih terkesan..?

Setelah siap, dia membiarkan isterinya mencuci muka dan memberus gigi sebentar. Kemudian, kain batik basah itu dibuka lalu diganti dengan bathrobe. Pakaian dalam gadis itu dibuka. Adyen menggendong gadis itu ke katil semula dan membiarkan isterinya memakai baju sendiri.

Dee dan Adyen turun ke tingkat bawah. Adyen tidak lupa untuk melekat cool fever di dahi dan tengkuk isterinya bagi mengurangkan haba panas.

Mereka semua memandang sepasang suami isteri itu duduk di meja makan. Reena menghulurkan semangkuk bubur ayam kepada adiknya.

"Demam tak kebah lagi princess? You taknak pergi klinik ke?" soal Shawn. Dee tersenyum lalu menggeleng.

Wajah pucatnya dibiarkan menjadi tatapan mereka. Adyen menyuakan air suam kepada gadis itu. Dee meneguk airnya lalu menadah tangan membaca doa.

Adyen mencedok bubur dan disua ke bibir isterinya. Gadis itu menerima suapan bubur ayam kegemarannya. Dia sangat suka jika kakaknya yang memasakkan dia bubur sebab rasanya hampir sama macam ibunya masak.

Tak sampai 7 suap, gadis itu sudah menolak. Bubur di mangkuknya masih banyak.

"Wifey.. makanlah. Wife makan sikit je tu." Pujuk Adyen.

"No.. hubby makan jugak." ujarnya.

"Hubby makan tapi wifey kena makan jugak, boleh?" Adyen membahasakan dirinya sebagai hubby dengan lembut. Dee menganggukkan kepalanya.

Adyen makan bubur isterinya dengan sudu yang sama. Dia mengerutkan wajahnya.

"Wife cuba rasa.. ada yang pelik lah." bubur disuap ke mulut Dee. Dee terkebil-kebil lalu menelan buburnya.

"Mana ada pelik.."

"Ada, cuba makan lagi." lama kelamaan, bubur itu telah habis dimakan gadis itu.

"Tengok tu, dah habis kan?" ujar Adyen bangga.

Dee tercengang. Dia ditipu ke!? Takpelah nasib kenyang.

"Tak baiklah!" Bibirnya memuncung. Adyen mencium sekilas bibir itu. Dee menampar bahu Adyen lembut.

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now