SUARA orang berbual mengejutkan Dee yang terlena. Adyen yang berbual dengan Tuan Darrel langsung berdiri mendekati Dee yang masih pucat.
"Sayang.." panggilnya. Dee menahan sisinya untuk duduk namun dihalang Adyen. Satu butang berwarna kuning disisi bawah katil itu ditekan.
Katil yang dibaring Dee automatik ternaik ke atas membuatkan Dee sedikit bersandar. Rambut wanita bergelar isterinya diusap-usap.
"Abang.. babies mana?" soalnya dengan suara serak. Segelas air dihulur pada Dee lalu wanita itu meneguk air didalam gelas.
"Doktor tak hantar lagi. Baru pukul 7 setengah sayang. Sayang tidur pun baru satu jam." balas Adyen tenang. Dee mengangguk. Tangan Adyen diambil dan disatukan dengan jari jemarinya kemudian diletak diatas perutnya.
Adyen hanya menayang senyum nipis. Tak sangka dia sudah 11 bulan berkahwin. Tanggungjawabnya juga sudah semakin memberat. Dari seorang anak menjadi suami dan sekarang, seorang bapa.
Terasa bagai baru kemarin dia melafaz akad nikah, cepat saja menjadi bapa. Benar kata orang, jika kita sudah menjadi seorang bapa, kita akan rasa bagai segalanya berlaku dengan sekelip mata.
"Bro." panggil Ethan. Adyen yang termenung langsung memandang kearah yang ditunjuk Ethan.
"Come in." arahnya kepada jururawat yang menolak katil bayi anaknya. Tuan Darrel, Puan Delayna dan Puan Adyana kelihatan teruja hendak menyambut cucu mereka.
Empat katil bayi diletak bersebelahan dengan katil Dee. Aiden melopong memandang keempat-empat bayi yang berwajah serupa. Bukan Aiden sahaja, yang lain turut sama tergamam termasuk Dee. Rasanya memang banyak dia meneran tadi tapi tak sangka pula sampai empat orang bayi.
"Weh sia-" baru saja hendak mencarut, Adyen menjegil matanya kearah Shawn. Shawn tersengih kemudian menyambung ayatnya. Lupa member dah ada anak.
"Weh kau! Tembak apa sia? Tetiba empat keluar, dahlah serupa. Bapak gelojoh kau ni. Bini kembar dua je, kau buat jadi empat terus." Shawn memandang bayi-bayi didalam dukungan Puan Delayna, Puan Adyana, Dee dan Tuan Darrel.
"Tembak sperma aku lah. Dah rezeki Allah nak bagi empat, keluar lah empat takkan lima." balasnya. Dee mencubit lengan Adyen. Apa kotor sangat bahasa tu?
"Nama dia apa?" soal Dee kepada Adyen.
"Meh sini aku bagi nama. Yang sulung letak Maggi Kari, yang kedua Maggi Ayam, yang ketiga Maggi Tomyam pastu yang last Maggi Asam Laksa. Nanti jadi macam ni, mak! Tengok Kari buat Ayam dengan Tomyam!" ujar Aiden. Mereka semua hanya memandang Aiden mendatar tanpa sedikit pun tergelak.
"Tak lawak eh?" soalnya perlahan. Evan menggelengkan kepalanya.
"Oh sorry.." mulutnya ditutup lalu Aiden duduk semula. Awkward. Shawn tergelak kecil, kesian member.
"So apa nama babies?" soal Tuan Darrel semula.
"Hans Ayden Louise and Hannah Aydena Louise, sayang?" Dee dipandang untuk menanyakan nama yang dicadangnya.
"Sound's great, what does it mean?" soal Dee pada Adyen. Setiap nama pasti memiliki maksud yang bagus bukan?
"Hans maksudnya Tuhan Maha Pemurah, Ayden maksudnya api kecil. Hannah means grace and Aydena means tall palm tree. Sayang takde nak cadang nama untuk babies bongsu?" soal Adyen.
"Maksud pun elok.. Hanz Adden Louise, Hanz maksudnya hadiah daripada Tuhan while Adden has the same meaning with Ayden. Hana Addena Louise, Hana is grace, Addena is noble and delicate. How?" Adyen mengangguk setuju. Mereka kagum akan kecekapan Dee yang mencipta masa dalam masa beberapa minit. Maksud pun bagus.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...