Alex George
10 years old
Power : LOADING ...Aku melihat kosong ke arah cermin besar di hadapan aku. Saluet hologram yang terpapar tadi aku padam. Kuasaku sekadar air bertahap lemah. Boleh ku jangkakan tubuh budak yang kini kudiami sangatlah lemah dan tidak membantu lansung.
"Tuan muda.."
'Aku lupa kehadirannya..'Disebelah aku terlihat butler yang cukup berkarisma dan sopan. Pemuda yang menawan dengan rambutnya yang panjang ke pinggang tersikat rapi.
Rachel Corrie
24 years old
Power : Dark flame 3'Dark flame level three, not bad.'
"Tuan muda!"Terhinjut bahuku dek terkejut dengan sergahan dia yang tiba-tiba.
"Apa!?" Ha, amik! Aku pun geram. Nak panggil janganlah jerit-jerit!
"Tuan muda ni dah kenapa? Dari tadi termenung, saya bercakap pun tuan muda tak bereaksi apa-apa." Bebelnya bersama muncung yang panjang."Not your own business." Jawabku selamba. Dia tidak ku pandang sebalik meneliti tubuh baharuku. Boleh tahan handsome juga aku ni. Hohoho.
"What!? I am required to know the problem of the young master! "
'Lecehlah aku ada PA macam ni.'
"Rachel, hari ni aku ada apa-apa urusan?" Aku tukar topik, malas nak layan perangai Rachel yang panas semacam."Hari ni tuan muda tiada urusan selain menyelesaikan latihan kerja dari akedemi. Saya tak sarankan tuan muda melakukan kajian seperti biasa." Ujarnya sambil berpeluk tubuh dan memandang aku gaya nak cari gaduh sahaja.
'Kajian? Aku suka mengkaji ke?' Tertarik pula aku dengan budak Alex ni. Tapi sebelum tu, aku kena selesaikan latihan kerja dari akademi supaya aku boleh tahu siapa Alex ni.
"Okey, aku siapkan."
Aku rasa pelik melihat Rachel yang ternganga. Namun aku mula pening tiba-tiba. Aku merasakan sesuatu yang mula merasuki minda aku satu persatu."Arghhhh!" Ingatan Alex!
"Tuan muda!"
Tidak lama selepas itu aku pengsan tidak sedarkan diri........
Alex, cucikan pakaian kamu sendiri. Kami sibuk dengan kerja lain. - Pelayan
Kami tak nak berkawan dengan orang lemah - Anak bangsawan lain
Dia nampak pucat, pasti mengikut ibunya yang mempunyai penyakit mesteri itu - Bangsawan lain
Aku jijiklah dengan kau! - Kakak
Pergi main jauh-jauh. - Abang
Aku tak ada anak lemah macam kau. - George
Alex, anak mama. Kamu unik. - Mama
Saya akan menjaganya dari nyawa saya Helena - Rachel
Jaga diri kamu Alex - Mama
"Bu- Arghh! Ha..Ha.." Aku bangkit dari baringan. Semput nafasku cuba menghirup udara dengan pantas. Dadaku berombak kencang. Aku seperti tidak cukup nafas sebentar tadi kini sudah mulai tenang perlahan -lahan. Aku memandang sekeliling bilikku yang malap dengan bantuan lampu tidur.
'Kenangan Alex.'
Kesedaran aku bermula sejak petang tadi kini sudah mencapai batas hingga ke malam.
'Aku tak sangka kau mempunyai pengalaman terlalu pahit Alex.' Aku raupkan wajahku. Peluh yang membasahi bajuku membuatkan aku tidak selesa. Lekas aku bangkit dari katil dan menukar pakaian di almari.Berjuta-juta kenangan pahit Alex masih menerawang di fikiran aku. Aku tidak tahu hendak membuangnya. Aku hanya membiarkan ia mengalir tenang seperti air sungai. Tidak seperti sebelum ini, macam pancutan hos dari paip bomba.
Apa yang aku boleh describe tentang Alex ialah dia seorang yang pendiam dan terlalu senang diinjak-injak oleh orang sekeliling. Malah kekuasaannya sebagai anak George dalam kediaman itu tidak dipedulikan. Hanya kerana lemah dan terlihat berpenyakit sahaja sudah dipulaukan teruk oleh orang sekelilingnya.
Aku memerhatikan tubuh Alex. Memang pucat keputihan kerana Alex pasti tidak kerap bermain di bawah matahari. Keputihannya semula jadi pasti dari gen mamanya. Selain itu, dia tahu Alex mudah penat ketika berlari sebab tak pernah bersenam.
"Aku kena tingkatkan stamina tubuh ni, sangat meremehkan." Kesal.
Aku mendekati balkoni dan keluar merasai angin sejuk malam. Dari jauh aku melihat cahaya berkerlipan cantik. Aku teruja tidak semena-mena. Lekas aku mendapatkan pakaian sesuai.
Bila aku membelek-belek pakaian di almari, tiada apa yang sesuai dengan jiwaku yang ekstrem ini.
'Gilalah baju ni semua, lansung tak kena tekak aku.'Tak pasal-pasal aku menghempas pintu almari dengan geram. Aku berpeluk tubuh dengan rasa geram dan kesal dengan gaya hidup Alex.
Aku memerhati keadaan bilik, mana tahu ada terjumpa sesuatu yang boleh dikenakan. Mataku terpancing di peti bawah katil aku. Laju langkah kakiku mendapat peti tersebut.Sebaik aku membukanya, aku sedikit tergamam melihat barangan di dalamnya. Terlihat jubah hitam, beberapa senjata tajam dan buku-buku lama. Sekeping nota kusam lama terselit disana aku ambil dan baca.
Alex, maafkan mama kerana tidak memberitahu kamu tentang ini. Mama sebenarnya adalah seorang wanita yang berkhidmat dengan raja dan menjaga keamanan dalam negara. Menjadi senjata dalam bayang untuk mengejar dan membunuh musuh dikehendaki. Pekerjaan mama ini tidak diketahui oleh keluarga kita Alex, tapi mama juga tidak mahu kamu mengikut jejak langkah mama. Mama hanya ingin kamu menyimpan barangan ini sebagai kenangan ya Alex sayang.
Dari Mamamu yang menyayangimu.
Aku melipat kertas kusam tersebut dengan tidak berperasaan. Sebab bukan aku yang dimaksudkannya.
'Alex sedang menyusulmu. Aku yang akan menggantikan dia dalam kehidupan ini.'Jubah hitam itu aku pakai, mujur ia tidaklah terlalu pendek membuatkan aku sebagai pemakai agak selesa.
"Nice."Aku mendekati balkoni dan tanpa ragu-ragu aku melompat ke bawah. Tingkahku menggunakan kemahiran dan skill parkour agak luar biasa. Pagar kediaman ku lompati dengan bergaya. Namun,
'Tahi betul, aku tak cukup nafas.' Aku termengah-mengah akhirnya. Tak sampai satu kilometer lagi aku dah macam mayat hidup.
"Tu..Tubuh.. le..mah."
YOU ARE READING
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasyFantasy | Action | Reincarnation Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hid...