Episode 4

239 32 8
                                    

Ep 4: 𝐃𝐞𝐣𝐚 𝐯𝐮

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ep 4: 𝐃𝐞𝐣𝐚 𝐯𝐮


"YUNA! Papa tengah tunggu kita dekat luar!" laung Alfi sekuat hati. Laungannya bergema di seluruh rumah teres itu, seterusnya sampai ke pendengaran Yuna yang sedang berada di aras dua.

"Kejap!" balas Yuna serta-merta. Dengan sepenuh kudrat yang ada, dia mengangkat kotak berisi barang-barang peribadinya itu.

Kebanyakan barangan tersebut berkaitan dengan hal sekolah seperti foto-foto kenangan, surat cinta, piala sukan dan bermacam-macam lagi. Di mana Yuna langsung tiada memori tentang semua itu.

Mujur, dia sudah habis sekolah tatkala dia dirempuh lori. Jadi dia tak perlu risau tentang pelajarannya di sekolah lagi.

Yuna melangkah deras di sepanjang laluan tersebut lalu menuruni anak-anak tangga rumahnya.

Setibanya dia tingkat bawah, ekor matanya menangkap sesuatu lalu dia meletakkan kotaknya ke atas lantai.

"Need a help?" pelawa Alfi seraya mara ke arah Yuna. Kelihatan adiknya sedang tekun memandang ke arah sesuatu.

"What's that?" soal Yuna dengan wajah penuh tanda tanya.

Setapak demi setapak, dia melangkah menghampiri sebuah rak besar berwarna coklat. Rak tersebut tidak dipindahkan ke rumah baru kerana ia merupakan hak mutlak milik rumah ini.

Yuna mengangkat tangannya lalu mengambil sebuah anak patung beruang berwarna-warni.

"Your candy bear. Dulu, kau suka sangat patung tu. Mama beli untuk kau waktu kau umur lima tahun. Tapi bila kau dah besar, kau benci candy bear sangat-sangat," terang Alfi sedang Yuna leka membelek-belek anak patung beruang tersebut.

Lelaki itu membantu mengangkat kotak yang diletakkan Yuna tadi lalu melangkah menghampiri adiknya.

Yuna perasan akan sesuatu. Bulu-bulunya sudah pun kotor berhabuk. Warnanya juga sudah memudar, tak sepekat dahulu.

Dalam diam dia mengharapkan agar sebuah bayangan lama akan menerpa. Namun, malangnya perkara itu tak akan berlaku sama sekali.

"Yuna! Alfi! Nak aku panggil berapa kali baru nak datang!?" jerkah suara Zachary dari luar rumah.

Serentak, Yuna dan Alfi berkalih ke arah pintu rumah yang terbuka luas.

"Kejap papa!" Alfi menjawab. Lantas, dia berjalan menuju ke pintu utama keluar masuk rumahnya.

"Jom, Yuna." Alfi menoleh seketika untuk memandang adiknya sekilas. Sempat bibirnya mengulum senyuman.

"Coming!" balas Yuna. Anak patung beruang itu dibawa ke dalam pelukannya lalu dia berlari mengejar Alfi.

Langkah Yuna terbejat. Dia berpaling ke belakang. Peluang diambil untuk melihat isi rumah tersebut buat kali terakhir. Rumah itu nampak kosong sekali. Kini, cuma bertemankan debu dan cahaya matahari yang menerobos masuk melalui tingkap.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now