Episode 34

92 12 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 34 : 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐫


SETIAP anak tangga didakinya dengan laju. Kepalanya menoleh sekilas, tubuh jadi kejang semerta apabila menyedari kelajuan Nafiz sedang mengatasi kelajuannya. Saat demi saat, Nafiz semakin dekat dengannya.

Tatkala kakinya berpijak akan lantai aras B1, Nafiz pantas berpaut pada pemegang tangga, lalu melancarkan tendangan parafuso. Kedua kakinya yang bersarung kasut kulit menghentak belakang kepala si penjahat itu.

Si penjahat mengaduh. Hud jaketnya meluruh ke bawah. Dia tetap berlari meskipun langkahnya sedikit pincang dek kepalanya digelung kesakitan.

Nafiz mengetap bibir. Dia mendarat sama ke lantai aras B1 seterusnya sambung mengejar lelaki itu.

"Jangan larilah, tak guna!" gertak Nafiz sekuat hati. Memecut selaju yang boleh. Semakin lama, dia semakin hampir dengan si penjahat.

Buru-buru lelaki itu sudah pun memegang pemegang tangga bergerak untuk ke tingkat seterusnya. Namun, tangan kiri Nafiz terlebih dahulu menyambar hud jaketnya. Hud jaket ditarik kuat. Si penjahat terdorong ke arahnya.

"Mana kau nak lari, hah!!?" amuk Nafiz sekuat mungkin. Amukannya menggegarkan seluruh pelosok aras.

Tak sempat berbuat apa-apa, tumbukan terlebih dahulu ditujahkan tepat ke muka si penjahat yang bertopeng itu.

Buk!

Bunyi pukulan kuat kedengaran. Sekali lagi, Nafiz tujahkan tumbukannya. Dua kali. Tiga kali. Betubi-tubi sampaikan dia tak tahu akan jumlah sebenarnya.

"Hahahaha... hahahaha!"

Buk! Buk! Buk!

"Hahahahah!! Tumbuklah!! Tumbuk aku, Nafiz!! Tumbuk aku!!"

Buk! Buk! Buk!

Nafiz ketap rahangnya kuat. Tangan kanannya mencengkam rambut si dia, manakala tangan kiri tanpa henti menumbuk. Namun semakin dia menumbuk, semakin galak lelaki itu ketawa. Seakan-akan suka diperlakukan sebegitu.

Akhirnya, serangannya menjeda. Nafiz cengkam kolar jaket si penjahat dengan kuat. Iris cerahnya terkandung pandangan maut yang menakutkan.

"Tumbuk aku lagi... tumbuk... aku..." ujar penjahat itu tersekat-sekat. Dalam kesakitan pun, dia tetap memprovokasi.

"Kau tak sayang nyawa ke!? Aku dah kata, kalau kau sentuh perempuan aku lagi, aku akan bunuh kau!! Aku akan bunuh kau, tak guna!!" gertak Nafiz sembari menggoncang-goncang kuat tubuh di tangannya.

Tawa si penjahat meletus. Beransur-ansur, tawanya memudar lalu dia terbatuk-batuk kesakitan.

"Tumbuk aku... lagi... kenapa kau... berhenti?"

Geram melihat topeng singanya sudah kemek, Nafiz rentap topeng itu lalu mencampaknya ke tanah. Riaknya berubah tergamam tatkala melihat muka si dia untuk pertama kali.

Lelaki itu senyum sinis. Mukanya penuh memar dan luka.

Hidungnya mengalirkan darah manakala bibirnya sudah pecah di kebanyakan tempat. Sebelah matanya pula menampakkan kesan lebam. Kesemua itu berhasil daripada tumbukan Nafiz tadi.

Tetapi di sebalik kesemuanya, cuma satu yang bukan berpunca daripada Nafiz. Di mata kiri lelaki itu, terdapat satu parut panjang yang menjalar dari dahi sehingga ke bawah mata.

"Kenapa? Kau... takut?" soalnya. Seketika, dia terbatuk-batuk lagi. Mulut merembes keluar darah.

Nafiz memandangnya tajam. Gigi atas dan bawahnya berlaga-laga.

"Kau..."

Lelaki itu sambung ketawa kuat. Simpulnya, Nafiz sedang teragak-agak mahu membunuhnya. Manakan tidak, Nafiz seorang yang berjiwa baik. Mana mungkin seseorang sepertinya akan ambil nyawa seseorang?

"Aku... kenal kau, Nafiz. Kau... tak bunuh orang," ungkapnya penuh yakin.

Kornea mata Nafiz memerah sesudah penjahat itu menghabiskan ayatnya.

"Nafiz, Nafiz. Diam!! Berhenti cakap pasal budak tu!! Ini cuma antara aku dan kau!!" gertak Nafiz tepat ke mukanya.

Si penjahat serta-merta terkelu. Pelik mengapa Nafiz menggelar dirinya sebagai kata ganti nama diri ketiga. Padahal, dirinya itu adalah Nafiz sendiri.

"A... apa kau cakap ni?" soalnya kekeliruan.

Bibir Nafiz terherot kesinisan. Cekakannya pada kolar jaket si penjahat dikuatkan lagi.

"Kau nak tahu apa hubungan aku dengan Nafiz tu? Dia tu cuma budak lemah yang tak ada kawan. Lemah! Dia perlukan pertolongan aku, jadi aku tolong dia."

"Si... siapa kau?" Menyedari akan hakikat yang jejaka di hadapannya ini bukanlah lagi Nafiz, soalan itu diajukan.

"Aku Alec," nyata Nafiz. Suaranya bernada rendah.

"Alec?" Si penjahat ulang sebut nama itu.

Terus, bibir Nafiz naik terjungkit kembali. Kepalanya mengangguk-angguk. Suka apabila lawannya menyebutkan nama sebenarnya. Alec. Seseorang yang sedang menguasai tubuhnya saat ini.

"Ya, itu nama aku! Alec! Aku Alec dan aku tak macam Nafiz!! Aku kuat!! Aku bunuh orang!!"

Nafiz memekik sekali lagi. Satu tendangan kilat ditujahkan betul-betul ke dada lelaki itu. Lelaki itu terpelanting jauh. Terjatuh ke atas tanah.

Dia mengerekot sakit. Tidak lagi mengatakan apa-apa. Sebaliknya, sekadar bergelut dengan kesakitan yang maha dahsyat.

Nafiz datang menghampirinya. Berkali-kali, tendangan ditujahkan ke perut si penjahat.

Si penjahat meraung sakit. Mulutnya memancutkan darah. Semakin saat berlalu, raungannya semakin mengurang memandangkan dia tak mampu lagi untuk menjerit.

Nafiz ketap bibir. Entah kenapa, rasa marahnya bergelora melihatkan keadaan penjahat itu. Dia berang melihatnya melemah! Dia mahu lawannya itu bangun dan betul-betul melawannya! Bukan mengalah begini!

"Woi, bangunlah!" Nafiz duduk menghimpit tubuh lelaki itu. Rambut dijambak kasar sehingga kepalanya terangkat memandangnya.

Si penjahat melirik senyuman di sebalik wajah memarnya.

"Bu... nuh... aku... Na... Fiz..."

"Kau memang nak sangat mati kan?!"

Buk! Buk! Buk!

Nafiz menumbuk lagi dan lagi ke mukanya. Sehingga akhirnya, si dia tak lagi menyedarkan diri.

"Bangunlah!" gertak Nafiz. Dia sambung menjambak rambut lelaki itu. Kedua mata si dia sudah pun terkatup.

Diam. Kaku.

"Aku kata, bangun! Bangunlah!!"

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now