Episode 39

62 9 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 39: 𝐂𝐲𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐟𝐞


SINARAN mentari memancar lembut ke muka. Cuaca masih lagi redup memandangkan hari masih pagi. Yuna mendongak ke atas. Menatap langit biru cair itu bersama tompokan-tompokan awan putih di sekelilingnya seketika.

"Weh, polis!"

"Mana, mana?"

Tiba-tiba, situasi menjadi huru-hara. Kelihatan sebuah kereta polis sedang meluncur di atas jalan raya besar tak berapa jauh dari situ. Serta-merta, sekumpulan lelaki itu berubah arah. Membelok ke arah bertentangan dan berlari pergi.

Yuna termanggu sendiri. Tenang mengikuti langkah mereka dengan melajukan langkah. Tidaklah sampai berlari. Kedengaran mereka saling tertawa. Seronok dikejar polis mungkin.

Bibir Yuna membentuk senyuman. Turut dia merasakan keseronokan yang dirasakan mereka. Tetapi ada tempat di dalam hatinya, dia rasa terasing. Dia bukanlah salah satu daripada mereka. Sabahat jauh sekali. Cuma seseorang yang datang menumpang dan mungkin tak akan kembali.

Seketika, mereka mula memperlahan langkah. Kereta polis itu pun nampaknya sudah menghilang. Entah-entah tak menyedari pun kewujudan mereka. Cuma mereka yang terhegeh-hegeh berlari.

"Weh, aiskrimlah!" ujar Bob. Tepat memandang ke arah gerai aiskrim yang berada kira-kira 20 meter dari tempatnya berdiri.

Pagi-pagi macam ini makan aiskrim, sedap juga.

"Ish, jangan cari pasal! Kita ni dahlah pakai baju sekolah. Mahunya kena tangkap gambar dengan abang aiskrim tu nanti," tegah Emir. Mengingatkan Bob.

Bob mengemam bibir tanda merajuk. Perutnya sudah berbunyi kelaparan. Maklumlah, tak sarapan pun pagi tadi. Datang sekolah pun lambat. Masuk sekolah pula ikut pagar belakang.

"Ala Bob, kau ni mengada betullah. Badan je besar tapi hati kecik macam pondan," celah seseorang dalam nada mengejek. 

Serentak mereka semua ketawa. Kecuali Bob.

Wajah Bob nampak sendu semacam. Sudahlah sedang kelaparan, diejek pula. Namun tak pula dia membalas dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Cuma bersabar. Kebiasaan lelaki, bergurau kasar.

Kalau perempuan ni, mahunya bergaduh tujuh keturunan. Putuskan persahabatan selepas itu cari kumpulan lain untuk membawang. Lambat lagi nak setaraf dengan persahatan lelaki.

Bertemu dengan laluan pelajan kaki, mereka berhenti di sisi jalan. Menunggu lampu pejalan kaki untuk bertukar hijau. Seketika kemudian, kereta-kereta mula berhenti. Lampu jalan bertukar hijau. Terus mereka melintas mengikut laluan itu untuk ke seberang jalan.

Nafiz pula, masih tercungap-cungap berlari mengejar mereka. Jarak mereka terlalu ketara. Tiba saja di tempat mereka berhenti tadi, mereka sudah pun selamat melintas. Kereta-kereta pun sudah laju bergerak ke sana ke sisi di atas perkarangan jalan raya.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now