Episode 37

83 11 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 37: 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚


"HODOH." Selamba Yuna mengulang perkataan itu.

"Apa!?" Nafiz makin naik angin. Yang kelakarnya, marah-marah pun kepalanya tetap menunduk pandang Al-quran kesayangannya itu. Yuna tertawa.

"Hodoh, Mr. stupid. Aku rasa telinga kau function lagi. So kau boleh je kan dengar apa yang aku cakap?"

"Kau pun hodoh, Mrs. stupid." Setepek Nafiz membalas.

"What!?" Yuna terjerit. Bukan kerana terasa, tapi kerana Nafiz baru saja berkata kasar dengannya. Betul ke dia sedang bercakap dengan Nafiz sekarang ini?

"Hodoh, Mrs. stupid. Telinga kau function lagi kan? Lainlah macam otak kau tu. Tak function langsung." Tambah sedas lagi. Dua tepek!

Turun naik nafas Yuna mendengar comeback Nafiz itu. Punyalah susah dia fikirkan ayat untuk memaki, Nafiz sewenangnya saja meniru ayatnya untuk membidas balik. Dasar copy cat!

"Tak function langsung? Hello? At least aku tahu makan waktu rehat tu lagi penting daripada baca Al-quran! Bukan macam kau, baca quran je memanjang sampai tak nak makan. Macamlah tak boleh baca esok-esok nanti." Yuna luahkan ketuakpuasan hatinya. Kegeraman.

Nafiz buat tak dengar. Muka surat yang sudah dibukanya, dibaca. Suaranya mengalun lembut, membuai-buai di telinga Yuna.

Yuna merengus. Sedikit sebanyak alunan bacaan Nafiz berjaya menenangkan hatinya namun sudah pastilah dia tidak mahu mengaku.

"Whatever. Malaslah nak cakap dengan orang macam kau. Ajak makan sama-sama pun tak nak. Laparlah kau seorang-seorang kat sini. Padan muka."

Yuna merungut panjang sambil kaki mengatur langkah keluar. Sejurus kehilangannya, Nafiz panggung kepalanya. Termenung memandang papan putih.

Kaku.

Kata-kata Yuna tadi... sedikit sebanyak menyentuh hatinya. Bukan kerana ia menyakitkan, tetapi kerana ia kedengaran prihatin. 

Yuna... kisah akannya? Nafiz tergeleng sendiri. Mata kembali melirik ke bawah. Menelaah tulisan Al-quran yang tertera di atas helaian yang terbuka.

Beberapa minit kemudian, pelajar-pelajar mula pulang ke kelas. Menghuni semula ruang segi empat luas itu. Mereka datang dengan membawa pelbagai jenis makanan dan minuman. Baik biskut, susu, mahupun air kotak. Kesemuanya nampak sedap lagi melazatkan.

Nafiz tutup mata rapat-rapat. Tak mahu melayan kehendak nafsu makannya. Tambah haru, perutnya tiba-tiba saja berkerconcang meminta diisi. Kena sangat dengan masanya.

Nafiz mengeluh. Tangan mengusap perutnya perlahan. Teringat pula kata-kata Yuna tadi. 

Sebut tentangnya, terus gadis itu muncul di depan mata. Kelihatan tangannya sedang membawa sebekas makanan plastik berisikan nasi.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now