Ep 7: 𝐖𝐡𝐚𝐭 𝐚𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐡𝐢𝐝𝐢𝐧𝐠, 𝐀𝐥𝐟𝐢?
KEDUA tangan diluruskan ke atas lalu Yuna menggeliat besar. Segala rasa-rasa sengal yang membaluti tubuhnya tadi hilang serta-merta.
Jam di penjuru kanan monitor memaparkan angka '18:00'. Sudah pukul enam petang.
Lantas, Yuna bangun dari duduknya lalu berjalan menuju ke pantri. Ruangan pantri dan meja kerjanya dekat sahaja jadi tak susah untuk dia berulang-alik.
Yuna mencapai gelas yang tersedia di atas kabinet serta sepaket milo yang terletak bersama-sama paket kopi lain di dalam sebuah gelas.
Meskipun umurnya sudah menginjak ke alam dewasa, tekaknya masih lagi alah dengan kopi. Untuk itu, dia lebih sukakan manisan seperti coklat.
"Boleh aku tanya sesuatu?" Teguran tanpa salam itu membuatkan jantung Yuna hampir luruh.
Sedang dia ralit menuangkan air suam ke dalam cawan, tangannya menjadi bergetar. Mujur tak jatuh sahaja cerek yang dipegangnya.
Yuna memusingkan tubuhnya ke belakang. Wajah si penegur itu dipandang dingin.
"Nak apa?" soalnya. Lalu Yuna sambung membuat air, berlagak seperti tiada sesiapa sedang memerhatikannya.
Zafrel menghela nafas perlahan. Kenapalah Yuna ini susah sangat untuk dimilikinya? Apa kurangnya dia berbanding 'lelaki itu'?
"Putera Nafiz." Ujaran Zafrel sekali lagi membuatkan pergerakan Yuna terbejat. Tangannya yang tadi ligat mengacau air terhenti bergerak.
Matanya meluas sebelum pandangannya beralih ke arah Zafrel kembali. Bukan kerana dia berminat dengan lelaki itu, cuma nama yang diungkapkannya tadi menarik minatnya.
"Jadi betullah... kau cuma akan cintakan lelaki tu? Apa nama dia... Nafiz?" soal Zafrel lagi. Berpura-pura lupa akan nama yang disebutnya sebentar tadi.
Yuna membuat muka pelik.
"Kau merepek apa ni? Aku ada lelaki ke?" soal Yuna seraya mengecilkan matanya.
Mendengar balasan Yuna, riak Zafrel yang tadinya kecewa terus berubah keliru. Matanya membulat. Langsung tak menyangka akan jawapan itu. Yuna tak kenal akan lelaki yang dicintainya sendiri? Pelik!
"Tak akanlah kau tak kenal dia, kut? Dia cinta per...." Belum sempat Zafrel menghabiskan ayatnya, Yuna terlebih dahulu membidas.
"Tak payah nak merepek lagi boleh tak? Aku malas nak layan kau sekarang ni." Yuna lantas berterus terang seraya mengambil cawannya. Bau milo yang sudah siap dibancuh semerbak menusuk ke hidung. Minuman itu berasap-asap panas. Tak sabar mahu dinikmatinya.
Baru sahaja dia mahu mengatur langkah pergi, Zafrel terlebih dahulu menghalang laluannya. Berdiri tepat di hadapan Yuna.
"Kau ada minat sesiapa? Kalau tak... aku nak minat kau," luah Zafrel terus tanpa berbelah bahagi.
YOU ARE READING
Anti-Romantic [Hiatus]
Mystery / ThrillerStart: 9th September 2022 End: - Genre: Light Romance/Comedy/Thriller ❦︎ Sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ᴏғ sᴜᴘᴇʀʜᴜᴍᴀɴ sᴇʀɪᴇs | Yᴜɴᴀ's sᴛᴏʀʏ ❦︎ Amnesia. Kehilangan memori. Tak banyak yang berubah dalam hidup Yuna Farhana selepas itu, kehidupannya diteruskan seperti...