𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 32: 𝐥𝐚𝐫𝐢
"SO... umur Amsyar berapa tahun ni?"
Amsyar angkat kedua tangannya. Kesemua jari ditunjukkan kecuali jari kelingking dan jari manis tangan kiri, ia diturunkan ke bawah.
"Lapan," maklum Amsyar.
"Lapan?" Suara Yuna meninggi sedikit. Tak sangka pula umur Amsyar sudah menginjak ke angka itu.
Dilihatnya, kecil saja tubuh Amsyar. Seperti budak lima tahun.
"Tapi kenapa Amsyar kecil sangat? Amsyar tak makan, eh?" gurau Yuna. Mereka berdua sambung berjalan beriringan tanpa arah tuju.
Amsyar menggeleng-geleng kerana tak dapat menangkap gurauan Yuna. Polos saja dia berikan jawapan.
"Amsyar tak makan banyak sangat. Cepat kenyang. Mama kata Amsyar kena minum susu banyak-banyak supaya cepat besar. Tapi Amsyar tak suka minum susu," jelasnya panjang.
"Oh..." Yuna mengiyakan saja pernyataan Amsyar itu sambil kepalanya terangguk-angguk. Hilang modal untuk berbual lagi.
Sudahnya, kedua mereka berjalan tanpa suara. Sunyi. Inilah padah kalau introvert diletakkan sama-sama. Dua-dua diam menunggu siapa yang bakal bercakap dulu.
Seketika, satu bunyi notfikasi membantutkan langkah Yuna. Telefon dikeluarkan dari poket blazer.
"Sekejap ya," maklum Yuna. Meminta Amsyar menunggunya.
Skrin diselak. Sebuah mesej baru yang terpapar meluruhkan jantung Yuna. Berasal daripada nombor yang tak dikenali.
Kau atau dia?
Pilih.
Gigi diketap kuat. Sebelah tangan yang tidak memegang telefon mengepal penumbuk.
Seketika, hadir satu lagi mesej daripada nombor itu. Sebuah gambar dia dan Amsyar. Ditangkap betul-betul dari arah belakang.
Yuna tersentak. Refleks, dia tolehkan kepalanya. Melingaskan pandangan ke sekeliling. Semuanya nampak normal. Orang ramai berlegar ke sana ke sini. Tiada apa-apa yang mencurigakan.
Makin kuat ketapan di gigi Yuna. Nampaknya manusia itu sengaja mahu bermain tarik tali dengannya!
"Akak?" Amsyar memanggil. Kepala mendongak, wajahnya penuh dengan pertanyaan.
Memikirkan Amsyar masih ada bersamanya, Yuna lantas menggenggam erat pergelangan budak lelaki itu. Amsyar ditariknya pergi. Ingin beredar dari situ secepat mungkin. Terkocoh-kocoh, Amsyar mengikuti segala gerak langkah Yuna.
Sungguh, dia bingung.
"Akak Yuna," panggilnya.
Diam. Yuna terus menonong berjalan tanpa menjawab.
YOU ARE READING
Anti-Romantic [Hiatus]
Mystery / ThrillerStart: 9th September 2022 End: - Genre: Light Romance/Comedy/Thriller ❦︎ Sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ᴏғ sᴜᴘᴇʀʜᴜᴍᴀɴ sᴇʀɪᴇs | Yᴜɴᴀ's sᴛᴏʀʏ ❦︎ Amnesia. Kehilangan memori. Tak banyak yang berubah dalam hidup Yuna Farhana selepas itu, kehidupannya diteruskan seperti...