"I need you, girl
Why do I still need you
when I'm the one who's hurting alone?"
𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 51: 𝐋𝐢𝐯𝐞. 𝐖𝐡𝐚𝐭𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐢𝐭 𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬.
BEBERAPA minggu berlalu sejak kejadian Yuna menumbuk Raykal. Kini, berita tentang Sara pula tersebar luas sehingga sampai ke pengetahuan guru-guru, murid-murid dan juga makcik-makcik pencuci.
"Kau tahu tak, Jah? Kat sekolah ni kan... ada budak mengandung!"
"Ish, ish, ish! Betul ke ni, kak? Kalau ya kan, teruk betullah sekolah ni ya. Bergaul bebas sangat. Budak-budak zaman sekarang kan... macam-macam perangai. Takut kita dibuatnya. Nanti-nanti kita cuba pindah sekolah lain, ya?"
Sedari tadi, dua orang makcik pencuci yang ligat bertukar info sembari mengemop lantai. Sara yang sedang melintasi mereka dalam perjalanan menuju ke kelas sekadar berdiam diri.
Kepalanya menunduk ke bawah, seakan-akan punya pemberat di tengkuknya yang menghalangnya daripada mengangkat wajah.
Kedua belah matanya jelas terlihat bengkak akibat menangis terlalu kerap dalam tempoh masa yang lama. Wajahnya pucat sepucat orang hilang darah.
Sampaikan ada yang melabelnya sebagai mayat hidup.
Sara tiba di muka pintu belakang kelas. Pandangannya masih tertumpu ke arah lantai.
"Weh, satu sekolah dah tahu pasal Raykal dengan Sara!"
"Tak sangka betullah kan? Selama ni aku ingatkan Sara tu baiklah kalau nak dibandingkan dengan Clara dan Yuna. Tak sangka pula dia lagi teruk daripada dia orang berdua..."
"Kau ni janganlah sebut-sebut pasal Sara tu lagi. Aku ni dari tadi asyik terbayang je tahu tak?"
Tak semena, tawa sekumpulan rakan perempuan itu meletus kuat. Seronok berbual mengenai isu semasa. Alah, bukan selalu hal-hal meletup begini terjadi di sekolah mereka.
Tanpa disedari mereka, yang dibualkan cuma berjarak beberapa meter sahaja. Tega mendengar setiap satu ulahan tentangnya.
"Ish, tak baiklah kau orang ni! Tapi itulah... kadang-kadang aku terfikir jugak macam mana dia orang buat..."
Dum!
Bergegar habis meja yang digunakan untuk makan-makan sambil membawang itu. Sampaikan ada bekas air yang jatuh lalu menumpahkan isi dalamnya.
YOU ARE READING
Anti-Romantic [Hiatus]
Mystery / ThrillerStart: 9th September 2022 End: - Genre: Light Romance/Comedy/Thriller ❦︎ Sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ᴏғ sᴜᴘᴇʀʜᴜᴍᴀɴ sᴇʀɪᴇs | Yᴜɴᴀ's sᴛᴏʀʏ ❦︎ Amnesia. Kehilangan memori. Tak banyak yang berubah dalam hidup Yuna Farhana selepas itu, kehidupannya diteruskan seperti...