Ep 9: 𝐈 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮. 𝐀𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬.
BUNYI bising menerjah ke gegendang telinga seterusnya menyedarkan Yuna dari mimpi. Lantas, tangannya menggagau jam loceng yang terletak di atas meja belajar lalu dia mendudukkan diri.
Angka '04:32' tertera di paparan skrin.
Sklash!
Bunyi raungan, pukulan dan deraian kaca melatari pendengaran Yuna. Refleks, jam yang dipegangnya terjatuh ke bawah. Yuna menutup kedua-dua telinganya sambil memejamkan mata erat. Kedua kakinya dibawa rapat ke perut.
Sungguh, hatinya benci akan bunyi itu. Bunyi itulah yang telah meninggalkan berjuta-juta parut di jantungnya.
Seketika kemudian, keadaan berubah senyap. Tiada lagi desas-desus bunyi asing seperti tadi. Yuna pantas bangun dari tempat tidurnya lalu meluru ke luar bilik.
Perlahan-lahan, kaki Yuna melangkah di lorong yang agak terpencil itu. Setapak demi setapak. Akhirnya, dia sampai ke tempat yang ditujuinya.
Kelihatan pintu bilik Alfi sudah terbuka sedikit, memberikan sekelumit sinaran cahaya buatnya.
Krek... Bunyi engsel pintu bergesel menyapa.
Pergerakan Yuna terhenti serta-merta tatkala melihat sekujur tubuh yang terbaring di hadapannya itu. Dentuman petir di angkasa bergema, seolah-olah menyambar tepat ke hatinya.
"Alfi..." Suara Yuna bergetar.
Perlahan-lahan, kedua lututnya jatuh mencium lantai bilik. Dia bergerak mendekati lelaki itu. Wajah Alfi pucat tak berdarah.
"Yuna..." panggil Alfi dengan lemah. Matanya separa terbuka. Kedua tangannya erat menekup perut yang sedang mengalirkan darah.
Yuna tersentak. Dia menyentuh bahu abangnya, tangannya menggigil ketakutan.
"A... apa jadi ni?" soal Yuna. Perasaannya saling bercampur-baur tika itu. Marah, terkejut, geram, sedih.
Sedih melihat darah yang sedang mengalir laju di perut Alfi. Teragak-agak, Yuna mendaratkan tangannya. Menekup sama bahagian pendarahan itu juga.
"Darah... banyaknya darah. Alfi, darah! Darah!" racau Yuna tak tentuh hala. Matanya berkaca. Kepala tertoleh-toleh memandang sekeliling bilik. Penuh dengan percikan darah di merata tempat.
"Yuna..." Alfi cuba menenangkan adiknya.
"Alfi! Macam mana ni? A... aku... aku kena bawa kau pergi hospital sekarang! Kalau tak... kau... kau akan..."
"Yuna..."
"Kau akan mati, Alfi! Kau kena pergi hospital! Kau... kau kena jumpa doktor! Kau kena selamat."
YOU ARE READING
Anti-Romantic [Hiatus]
Mystère / ThrillerStart: 9th September 2022 End: - Genre: Light Romance/Comedy/Thriller ❦︎ Sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ᴏғ sᴜᴘᴇʀʜᴜᴍᴀɴ sᴇʀɪᴇs | Yᴜɴᴀ's sᴛᴏʀʏ ❦︎ Amnesia. Kehilangan memori. Tak banyak yang berubah dalam hidup Yuna Farhana selepas itu, kehidupannya diteruskan seperti...