𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 15: 𝐋𝐨𝐧𝐝𝐨𝐧 𝐛𝐫𝐢𝐝𝐠𝐞 𝐢𝐬 𝐟𝐚𝐥𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐨𝐰𝐧...
"KAU nak apa!?" jerkah Yuna. Berani.
Beribu soalan berselirat ke akal fikirannya. Namun itu bukanlah masa yang sesuai untuk mereka saling bertukar soalan. Si dia duduk di hadapannya. Tangan mencekak dagu Yuna dengan kasar. Mata gadis itu ditentang di sebalik kaca mata topeng.
"Darah kau," ujarnya dengan suara mendatar.
Menggunakan kesempatan yang ada, Yuna menujahkan tendangan tepat ke celah kelengkang penjahat itu. Mata si penjahat terbelalak. Lama dia berdiam diri untuk memproses apa yang sedang berlaku.
"Tak... tak guna!!" desisnya. Penukulnya terlepas dari tangan. Kedua-dua belah kaki diapitkan, menggeletar kesakitan.
Lantas, Yuna membangunkan diri. Meskipun kakinya sudah pincang sebelah, dia masih ada sebelah lagi kaki untuk berlari. Dengan sepenuh kudrat dia memecut. Sekejap-sekejap, kaki kirinya mahu tersadung jatuh.
"Mana kau nak lari, hah!?" gertaknya kuat. Gigi diketap menahan amarah. Perlahan-lahan, dia mendirikan diri. Tak mahu terus bergelut dengan kesakitan akibat serangan yang mudah itu.
"Huh... Hah..." Yuna memerhatikan sekeliling kawasan itu sedang dia semakin laju berlari.
Nampaknya, dia sudah tak punya pilihan. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menyorok di sebalik sebuah kereta sahaja. Terdesak!
Sesekali, kepala dijengulkan keluar bagi melihat keadaan si penjahat. Jauh darinya. Sedang memeriksa satu demi satu kereta yang ada di barisan tersebut untuk mencarinya.
Telefon di dalam poket seluar tiba-tiba bergetar. Lantas, dalam keadaan tangan yang terketar-ketar Yuna keluarkan telefonnya lalu menekapkan skrin ke telinga.
"Ada psychopath kejar aku sambil bawa hammer," maklum Yuna secara berbisik tanpa sebarang salam. Desah nafasnya tercungap-cungap. Cuba menggapai oksigen di awang-awangan.
"Hah? Apa yang kau cakap ni, Yuna? Demam kau dah kebah belum?" soal Izara kurang mengerti.
"London bridge is falling down, falling down, falling down..." Sebuah lagu kanak-kanak dinyanyikan dengan riang.
Bahu Yuna terhinggut naik. Semerta, dia menghalakan sedikit kepalanya ke tepi kereta bagi menilik apa yang sedang berlaku.
Prang! Prang! Prang!
Tak cukup dengan itu, si penjahat mula menghentak-hentak sebuah kereta dengan penukul pula. Tanda protes mahu Yuna memunculkan diri dengan segera.
"London bridge is falling down, my fair lady. Built it up with iron bars, iron bars, iron bars..." Suara garau itu terus-menerus menyanyi. Jikalau lagu kanak-kanak itu selama ini kedengaran ceria, kini ia kedengaran sangkat jengkel.
YOU ARE READING
Anti-Romantic [Hiatus]
Mystery / ThrillerStart: 9th September 2022 End: - Genre: Light Romance/Comedy/Thriller ❦︎ Sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ᴏғ sᴜᴘᴇʀʜᴜᴍᴀɴ sᴇʀɪᴇs | Yᴜɴᴀ's sᴛᴏʀʏ ❦︎ Amnesia. Kehilangan memori. Tak banyak yang berubah dalam hidup Yuna Farhana selepas itu, kehidupannya diteruskan seperti...