Episode 55

60 5 8
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 55: 𝐖𝐡𝐚𝐭 𝐫𝐞𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐡𝐚𝐩𝐩𝐞𝐧𝐞𝐝 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐧𝐢𝐠𝐡𝐭...


SUNYI.

Masing-masing mematung di tempat mereka berdiri, kaku bagaikan tugu. Setiap mata-mata tertumpu terhadap gadis berambut panjang hitam yang duduk di atas kerusi itu.

Diam menghuni ambien buat sementara waktu.

Yuna bangun dari duduknya. Bunyi kerusi bergeser dengan lantai memecah sunyi bilik.

Pandangan dilemparkan terhadap lelaki yang berdiri bertentangan dengannya, kemudian beralih pula ke pasangan suami isteri yang berkedudukan tak jauh darinya.

Yuna menganalisi wajah wanita itu terlebih dahulu. Di antara mereka, dialah yang paling terkesima sekali. Mulutnya sedikit terbuka. Irisnya berwarna perang gelap, lebih tepat chestnut. Iris yang sama dimiliki Nafiz.

"Si... siapa..." Suara Aira tersekat di kerongkongan. Seperti ada yang menahannya daripada bicara.

"Anak ni... siapa sebenarnya?" Terlebih dahulu, Redza memintas. Bersuara bagi pihak isterinya. Yakin yang mereka sekeluarga mahu menyoalkan perkara yang sama.

Yuna teguk liur. Pertama kali dia berhadapan dengan ibu bapa Nafiz. Ya, dia yakin kedua mereka orang yang baik. Bukan seperti keluarganya. 

Cuma, apabila memikirkan semula perilakunya terhadap Nafiz selama ini... dia gerun. Khuatir jikalau dirinya akan terus dibenci oleh keluarga itu. Sama seperti mereka yang lain.

"Saya..."

"Yuna..."

Belum sempat Yuna mahu memperkenalkan dirinya, tiba-tiba suara Nafiz membelah hening wad.

Aira jadi terpinga-pinga. Serta-merta, wajah suaminya dipandang dengan mata yang membulat. Redza juga begitu, terpempan sama.

Lantas, Aira mara ke arah Nafiz. Dia berdiri di sebelah Hafiz seraya tubuhnya menunduk. Kedua tangannya berpaut pada katil.

"Nafiz! Ya Allah, Nafiz dah sedar?" soal Aira separa berteriak. Bergenang air matanya saat melihatkan sepasang mata Nafiz sudah terbuka sedikit, lemah sahaja membalas pandangannya.

"Umi..."

"Siapa? Siapa yang buat Nafiz macam ni, huh? Nafiz bagitahu umi cepat, biar umi ajar dia cukup-cukup!" pinta Aira sebelum menggenggam tangan kanan anaknya lalu membawa ia ke pipi. Dahinya berkerut-kerut.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now