Episode 31

81 12 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 31: 𝐒𝐚𝐫𝐚


PANDANGAN ditebarkan ke luar tingkap restoran. Sinaran mentari petang memancar tepat ke wajahnya. Sesekali, bunyi burung berkicauan menjadi latar telinga.

Semalam, setelah mengenal pasti Sara adalah salah seorang sahabat lamanya, Yuna terus menghubunginya. Mujur kad kerja Sara masih disimpannya jadi mudah saja dia dapatkan nombor Sara.

"Yuna!" Panggilan seseorang mematikan lamunan Yuna. Semerta, kepalanya mendongak.

Tak jauh dari situ, kelihatan Sara sedang meluru ke arahnya sambil menarik tangan Amsyar. Amsyar pula, bermemek muka masam. Seakan tak rela dibawa ke sini.

"Finally, kau call pun aku! Aku ingatkan kau dah tak ingat aku dah." Sara membuka bicara. Terselit sedikit kekecewaan di dalam nadanya.

Maklumlah, sudah lama dia memberikan nombornya namun baru sekarang Yuna mahu berjumpa.

Yuna senyum nipis. Sejujurnya, memang betul pun dia sudah lupakan Sara. Sara langsung tak ada di dalam sejarah memorinya. Tetapi tak akan dia mahu membalas begitu pula?

"Mana ada la. Lately ni aku busy sikit. Tu yang tak ada masa nak jumpa tu," sangkal Yuna. Separa menipu.

Pandangan Yuna beralih ke arah Amsyar yang sedang menyorok di sebalik tubuh Sara. Amsyar mencengkam kuat belakang baju ibunya. Perlahan-lahan, dia jengukkan kepala keluar bagi melihat Yuna.

Tatkala matanya dan Yuna bertemu, cepat-cepat dia menyorokkan diri semula.

"Amsyar, cakap hai dekat kawan mama. Ni kawan mama, panggil akak Yuna," arah Sara kepada Amsyar. Perasan anaknya sedang menjadi tumpuan Yuna sekarang.

Kepala Amsyar dibelai lembut sesudah dia memberikan arahan itu.

"Hai, akak Yuna..." Perlahan suara Amsyar menyapa.

Senyuman Yuna melebar. Hatinya terusik dengan kecomelan yang dimiliki si kecil.

"Hai Amsyar," balasnya mesra. 

Seusai berkenalan ringkas, Amsyar dudukkan diri ke atas sofa terlebih dahulu diikuti Sara.

"Jadi... ada apa sebenarnya kita berjumpa ni?" Lembut suara Sara berbicara. 

Yuna diam. Ralit memerhatikan wajah Sara. Seraut wajah itu sangat manis untuk dipandang. Meskipun foto itu mengambil tempat sembilan tahun yang lepas, kemanisan wajah Sara tak pernah berkurang.

"Yuna?" Sara menegur. Gerun pula apabila Yuna merenungnya dengan sepasang mata beku miliknya.

Yuna tersedar. Segera, dia berdehem.

"Aku nak jumpa kau sebab... aku nak tanya kau soalan," nyatanya. Nada kedengaran agak dingin.

Riak ceria Sara memudar. Senyumannya mula ternampak tawar. Di dalam, hati merintih penuh kecewa. Mula menyedari akan satu hakikat; Yuna datang ke sini bukanlah untuk melepaskan rindu.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now