𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 40: 𝐂𝐨𝐦𝐦𝐨𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐬𝐞
ATAS bawah atas bawah mata Emir bergerak. Mengamati setiap penampilan Nafiz. Bermula daripada lencana sekolahnya, sampailah ke rambut basahnya yang terjuntai kebasahan. Ternyata lelaki itu adalah rakan sekolahnya sendiri.
Silap! Mereka berdua bukan kawan. Sekadar strangers yang kebetulan berjumpa pada waktu paling tidak penting.
Timbul satu persoalan di minda Emir, bagaimana lelaki itu boleh berada di sini? Adakah di sepanjang perjalanan tadi, dia telah mengekorinya?
Kalau begitu, boleh tahan kemahiran yang dimiliki pengawas itu. Mampu mengekori dengan licik tanpa membuatnya sedar.
Dan dengan itu juga, dia jadi insecure. Terasa segala benteng kehebatannya dirobohkan dengan kehadiran lelaki itu. Bagai lelaki itu akan merampas 'tahtanya' sebentar lagi. Tahta apa? Dia sendiri kurang pasti.
"Kalau aku tak ada tadi, kau nak biarkan dia jatuhlah? Macam tu!?" Sudahnya, Emir sambung menengking. Tak pedulikan segala rasa-rasa pelik yang menyapa diri.
Teguk liur juga dibuatnya. Mata bertentang mata. Kerana ketinggian Nafiz yang lebih daripadanya, dia serasa diintimidasi.
Nafiz kaku di tempatnya berdiri. Sedikit pun tak gerun apabila ditengking sebanyak dua kali oleh ketua budak nakal itu.
Hujung bibir merah jambu mengukir senyuman. Kerana bibirnya berwarna merah jambu dan kelihatan lembut, ia nampak manis. Tetapi bersadur kesinisan kerana cara senyumannya.
Emir merengus. Makin tercabar apabila Nafiz hanya beriak sedemikian.
"Kenapa kau senyum? Apa yang lawak? Takkanlah perkataan 'maaf' pun kau tak boleh cakap!?"
"Maaf." Sepatah perkataan meluncur dari bibir Nafiz. Cuma itu.
"Lain kali, kalau ada orang jatuh pengsan, tolong! Bukan biarkan je dia jatuh. Tolak tepi dia perempuan ke lelaki. Nyawa orang bukan benda main. Common sense tu kena ada. Jangan sebab sifat yang kau ni, ada nyawa yang melayang nanti!" Emir sambung menujahkan kata-kata pedas untuk menyentapkan Nafiz.
Nafiz terdiam. Tanda rancangan Emir itu berjaya. Kini Emir pula yang tersenyum kemenangan. Dia tahu di dalam kata-katanya itu ada kebenarannya kerana dia bercakap berlandaskan fakta. Islam sendiri membenarkan lelaki dan perempuan bersentuhan kalau keadaan itu memudaratkan, terutamanya kalau ia melibatkan nyawa.
"Maafkan aku." Perkataan 'maaf' itu diulang lagi.
Seketika kemudian, sekumpulan pelajar lelaki iaitu anak-anak buah Emir mula memunculkan diri di belakang Emir. Mereka nampak sungguh keliru. Sekejap, pandangan mereka tertumpu pada ketua mereka. Sekejap, pandangan mereka tertumpu pada Nafiz.
YOU ARE READING
Anti-Romantic [Hiatus]
Mystery / ThrillerStart: 9th September 2022 End: - Genre: Light Romance/Comedy/Thriller ❦︎ Sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ᴏғ sᴜᴘᴇʀʜᴜᴍᴀɴ sᴇʀɪᴇs | Yᴜɴᴀ's sᴛᴏʀʏ ❦︎ Amnesia. Kehilangan memori. Tak banyak yang berubah dalam hidup Yuna Farhana selepas itu, kehidupannya diteruskan seperti...