Episode 6

176 29 8
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ep 6: 𝐘𝐮𝐧𝐚'𝐬 𝐎𝐟𝐟𝐢𝐜𝐞


ALFI memfokuskan pandangannya ke arah jalan raya yang terbentang luas. Sesekali, matanya melirik ke arah cermin pandang belakang. Melihat Yuna yang duduk di kerusi kanan penumpang.

Sedari tadi, adiknya itu asyik menongkat dagu dan mengeluh sahaja. Sesekali dia menggeleng, ada kalanya pula dia mengangguk. Apalah agaknya yang sedang mengganggu fikiran gadis itu? Kadang, hati Alfi tercuit lalu tawanya meletus jua.

"Fikir apa tu, Yuna?" Alfi menegur. Mendengar teguran itu, tubuh Yuna semerta mengeras.

Yuna menegakkan tulang belakangnya dan menumpukan pandangan ke arah pemandangan di hadapan. Kelihatan keadaan jalan raya agak kosong tanpa kenderaan yang lain.

"Nothing," balasnya mudah.

"Kalau ada masalah... bagitahu aku okey? Jangan pendam lama-lama," nasihat Alfi.

Yuna sekadar membalas dengan memandang abangnya. Kemudian, dia menongkat dagu balik. Tubuhnya kembali ke dalam posisi mengendur.

"Kalau bagitahu pun, bukannya selesai masalah. Lagi tambah masalah ada la. Lagipun... aku tak suka orang tahu masalah aku."

"Mestilah aku kena tahu masalah kau. I'm your brother after all. Bukannya kawan yang entah siapa-siapa."

"Still. It doesn't matter."

Sekuntum senyuman mula mekar di bibir Alfi. Adiknya dipandang sekilas lalu dia kembali fokus ke dalam pemanduannya.

"The only thing that matter to me is you," tutur Alfi penuh tulus.

Posisi badan Yuna berubah tegak. Terkebil-kebil matanya setelah mendengar ayat yang ditutur Alfi tadi. Sejak bila pula abangnya pandai berayat ni? Sah dia tengah demam!

Alfi tertawa kecil. "Ala kau ni, bagi ayat sweet sikit je dah macam kena cekik beruk. Chill la."

"Aku macam kena cekik beruk kau kata? Aku cuma menyampah bila kau cakap macam tu je," pintas Yuna.

"Really? Why? Salah ke kalau aku nak sweet dengan kau pun?"

"Salah sebab aku tak suka. Walaupun aku sebenarnya sayang kau. You're the only guy that I love. That I have a good reason to love for. I guess," balas Yuna acuh tak acuh.

Dahinya disandarkan ke cermin tingkap sembari matanya ligat memerhatikan pokok-pokok di tepian jalan.


❦︎❦︎❦︎❦︎❦︎


KENDERAAN pacuan empat roda milik Alfi merentasi sebuah bangunan bertingkat-tingkat yang berdiri paling megah di antara bangunan pencakar langit yang lain. Terpapar huruf 'T' besar di atas sekali bangunan itu. 'T' tersebut melambangkan nama syarikat, T's Animation.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now