𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 18: 𝐈𝐧𝐭𝐫𝐮𝐝𝐞𝐫
RANCANGAN kartun bertajuk We Bare Bears terpapar di televisyen. Yuna duduk di atas sofa sembari menikmati makan malamnya, lasagna beku yang dipanaskan melalui ketuhar. Selang sekali, tangannya menyuakan sudu ke dalam mulut sambil mata tak lari dari memandang kaca TV.
Tap... Tap... Tap...
Yuna terkaku. Segala pergerakan tubuhnya terhenti. Bunyi derap langkah seseorang menyapa hujung telinga. Samar-samar. Tak terlalu jelas. Namun, dia sangat yakin dengan apa yang didengarinya.
Tapak kaki milik siapakah tadi? Dia tinggal berseorangan.
Memikirkan hal itu, jantungnya mula bekerja keras dengan mengepam darah ke seluruh tubuh. Liur diteguk. Perlahan-lahan ia jatuh melalui kerongkong.
Yuna membangunkan diri. Bekas lasagna ditinggalkan di atas sofa. Saluran televisyen dibiarkan terbuka. Dengan penuh berhati-hati, dia aturkan langkahnya. Sangat teliti sehingga tiada satu bunyi pun yang terhasil.
Tap. Tap. Tap. Sekali lagi, seseorang itu melangkah.
Yuna kira, si penceroboh sedang berada di dapur. Lantas dia mendaki satu per satu anak tangga rumahnya dengan kadar perlahan. Sehinggalah tiba di tingkat atas, Yuna melajukan langkahnya lalu meluru masuk ke dalam bilik.
Ktak.
Pintu dikatup dengan sempurna. Punat tombol ditekan sekali gus mengunci pintu itu.
Yuna menghela nafas lega. Tetapi leganya tak lama, satu demi satu tempat tersorok di dalam bilik diperiksa.
Pintu almari dibuka. Tiada. Bawah katil ditilik. Tiada. Pintu bilik air dibuka dan keseluruhan bilik air itu diperiksa. Juga tiada. Setelah itu, barulah Yuna boleh tenang seketika. Dia berada di dalam kondisi yang dia kira agak selamat.
Yuna duduk di penjuru bilik. Kedua kakinya dibawa rapat ke perut. Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Mujur dia sejenis yang membawa telefon ke mana-mana. Kalau apa-apa berlaku, dia punya telefon untuk menolongnya.
Skrin yang sudah retak akibat terjatuh tempoh hari diselak. Ikon contacts bergambar telefon disentuh lalu nama 'papa' dicari. Skrin ditekapkan ke telinga.
Teet... teet... teet...
"Papa?" sapa Yuna sejurus sahaja panggilannya dijawab.
"Mimpi apa kau tiba-tiba telefon aku ni?" Kasar, Zachary membalas sapaan Yuna.
Mujur Yuna sudah setkan julat suara ke tahap rendah. Kalau tidak, mahunya telinganya pekak sebelah.
"Papa kat rumah ke sekarang?" Yuna pejam mata. Terasa bodoh pula apabila dia tanya begitu.
YOU ARE READING
Anti-Romantic [Hiatus]
Mistério / SuspenseStart: 9th September 2022 End: - Genre: Light Romance/Comedy/Thriller ❦︎ Sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ᴏғ sᴜᴘᴇʀʜᴜᴍᴀɴ sᴇʀɪᴇs | Yᴜɴᴀ's sᴛᴏʀʏ ❦︎ Amnesia. Kehilangan memori. Tak banyak yang berubah dalam hidup Yuna Farhana selepas itu, kehidupannya diteruskan seperti...