Episode 16

106 15 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 16: 𝐖𝐞'𝐥𝐥 𝐟𝐢𝐧𝐝 𝐭𝐡𝐞 𝐤𝐢𝐥𝐥𝐞𝐫 𝐬𝐨𝐨𝐧...


SEJUMLAH buku dimasukkan ke dalam loker sebelum pintu loker ditutup kasar. Keluhan berat dilepaskan. Dahi disandarkan ke pintu.

"What a long day..." gumamnya sendirian. Penat. Itu yang dirasakannya setelah tanpa henti belajar untuk satu hari. Selepas satu, satu lagi kelas perlu dihadapinya.

"Hei, Yuna..." Kedengaran seseorang memanggilnya. Yuna laju sahaja mengecam si pemilik suara itu.

Dia berkalih. Kelihatan Alfi sedang berjalan ke arahnya sambil tersenyum manis.

Entah bagaimana Alfi boleh kekal ceria meskipun setelah seharian belajar. Padahal silibus Alfi lebih sukar kalau hendak dibandingkan dengannya. Yalah, Alfi berada di tingkatan lima manakala dia berada di tingkatan empat.

"Alfi!" Yuna tak mengendahkan semua persoalan itu. Yang dia tahu, dia gembira apabila sahabat baiknya muncul di depan mata.

Lantas, dia melompat ke dalam pelukan Alfi. Leher Alfi dirangkul erat. Alfi yang dapat pelukan mengejut itu terdorong ke belakang. Hampir-hampir sahaja dia terjatuh, namun nasib baik tubuh mereka berdua dapat diimbanginya.

Tawa Alfi terletus. Belakang Yuna ditepuk-tepuk. Dah kenapa adiknya ini dramatik sangat? Ada masalah ke?

"Woi, agak-agaklah nak bersawit-sawit pun!" celah satu suara.

Yuna melepaskan pelukannya lalu kakinya kembali menjejak tanah. Dia dan Alfi berkalih ke arah suara itu.

Kelihatan tiga orang kawan Alfi sedang memandang mereka berdua semacam.

Yuna tersengih sambil menggaru-garu kepala. Lupa pula ada mata yang memerhati, dan dia tak sepatutnya berbuat begitu di hadapan orang ramai.

"Kau ni Darren, sayang betul adik kau. Aku kalau jumpa adik aku, memang aku K.O je dia tu terus!" sambung orang yang mencelah tadi. Dia mengenggam penumbuk lalu menumbuk tapak tangannya.

"Mestilah sayang. Kalau tak sayang adik sendiri, nak sayang siapa lagi?" balas Alfi dengan tenang.

Wajahnya berkalih ke arah Yuna. Sempat dia menjulingkan mata ke atas tanda menyampah. Manakan tidak, jarang dia nak mengaku sayang dengan adik sendiri.

"Hmm, sayang kawan-kawan abang?" Yuna berseloroh. Kawan-kawan Alfi terus membuat muka jijik manakala Alfi ketawa lepas.

"I'm not ready to see you with another guy, little sis," ujar Alfi lalu mengusap kepala Yuna.


❦︎❦︎❦︎❦︎❦︎


Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now