Episode 8

156 25 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ep 8: 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐣𝐚𝐝𝐢


TUJUH hari telah berlalu. Tarikh hari jadi Yuna akhirnya membuka tirai.

Malam itu, Yuna menyarungkan blaus putih serta seluar palazo jean denim ke tubuhnya. Selepas ini dia akan membeli-belah, berlegar-legar di pusat membeli-belah serta menonton wayang.

Memikirkan semua itu, hatinya terus melonjak teruja.

Refleksi dirinya di dalam cermin ditatap buat kesekian kali. Balutan kain selendang hitam di kepalanya dikemaskan lalu pin-pin dicucuk ke dalam bagi mengemaskan lagi lilitan tersebut.

Seketika kemudian, bunyi dentingan notfikasi mula memanggilnya.

Lantas, Yuna mencapai telefonnya yang terletak di atas meja belajar lalu membaringkan diri ke atas katil.

Senyumannya yang tadi lebar serta-merta termati tatkala membacakan mesej baru yang tertera.


❦︎❦︎❦︎❦︎❦︎


SEDARI tadi, Yuna asyik bermundar-mandir sendirian di hadapan pintu masuk Golden Screen Cinemas. Nombor Alfi dihubungi berkali-kali namun tiada satu pun panggilannya yang berjawab.

Yuna menggigit jari telunjuknya tatkala rasa resah kian menghambat segenap jiwanya.

Bagaimana kalau ada apa-apa yang terjadi? Bagaimana kalau Alfi kemalangan? Sempat ke untuk dia meminta maaf? Sempat ke untuk dia menutur kata yang tak sempat dituturnya?

Semakin banyak persoalan yang muncul, semakin kusut mindanya jadinya. Sudahnya, Yuna mengetuk kepala sendiri bagi menghilangkan segala persoalan-persoalan tadi.

Ah, tolonglah jangan overthinking! Tolonglah jangan overthinking!

"Yuna," panggil seseorang.

Yuna berpaling. Kelihatan Alfi hadir membawa sekotak coklat bersamanya.

Bibirnya mengulum senyum, padahal dirinya di saat itu nampak serabut sekali. Pakaian kerjanya masih tak bersalin manakala rambutnya agak basah dengan peluh.

"Alfi!" Tanpa sebarang amaran, Yuna terus sahaja meluru dan memeluk perut Alfi.

Segala rasa bimbangnya tadi hilang serta-merta. Ucapan syukur tak henti-henti meniti di bibir.

Alfi membalas pelukan adiknya seketika sebelum terus melonggarkan pelukan mereka berdua.

"Aku tengah busuk ni, jangan peluk lagi tau," tegur Alfi.

"Tak nak, nak peluk jugak!" tegas Yuna seraya menjelirkan lidah. Alfi tergelak. Larangan adalah arahan buat Yuna. Dia lupa akan itu.

"Ni, coklat untuk kau," ujar Alfi seraya menghulurkan sekotak coklat kegemaran adiknya. Forrero Rocher.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now