Episode 30

86 11 2
                                    

𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 30: 𝐍𝐨𝐭𝐚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 30: 𝐍𝐨𝐭𝐚


DI ruang tamu, Izara duduk di atas sofa sambil menonton televisyen. Sesekali, tangannya menyeluk masuk bungkusan makanan seraya menyuap mulutnya keropok.

Bunyi pintu dikuak mengalihkan fokus Izara. Figura Yuna hadir melintasi hadapan sofa.

"Oh, dah balik pun kau!" tegur Izara. Mulutnya disuapkan lagi.

Malam itu, mereka bermalam di rumah Yuna sahaja memandangkan ia lebih dekat dengan Royal's Cafe.

Yuna mengeluh perlahan. Punggung yang serasa berat itu dilabuhkan ke atas sofa. Lalu, kepala yang penuh dengan bermacam-macam perkara direbahkan ke atas riba Izara.

"Iz, betul ke aku pernah hilang ingatan dua tahun lepas disebabkan langgar lari?" soal Yuna dengan suara tak bermaya.

Izara terhenti makan. Tumpuannya beralih pada sahabatnya itu.

"Oh, jadi kau dah tahulah?" Mudah dia menjawab seraya sambung makan kembali.

Alis Yuna saling bertaut. Bingung dengan jawapan Izara. Tubuh ditegakkan. Mata Izara ditentang dalam-dalam.

"What do you mean 'jadi kau dah tahulah'? That sounds like something a villain would say.." Yuna ajuk semula percakapan Izara lalu memberi komen begitu.

Izara tertawa kecil. "No, I mean... yeah... betullah tu. Kau pernah hilang ingatan dua tahun yang lepas," sangkalnya dan kemudian membenarkan.

Yuna duduk tegak-tegak. Mukanya mula memaparkan reaksi jengkel.

"Jadi kenapa kau tak pernah bagi tahu aku apa-apa pasal ni? Dan selama ni... kau... kau berlakon ke?"

"Sebab kita orang semua dah janji tak nak bagi tahu kau apa-apa, Yuna. Kita orang nak tengok sejauh mana kau ingat. But, sadly... you don't remember anything."

"'Kita orang'?" Yuna ulang perkataan itu.

"Kita orang. Aku, Nafiz, Harraz dah rancang semua ni. Kecuali bahagian orang jahat tu... yang tu takkan kita orang nak rancang juga kan? Nevertheless, tentang yang kau kena datang Royal's Cafe selama seminggu tu memang kita orang dah rancang," jelas Izara panjang lebar dengan muka serius.

Namun tatkala mulutnya disuapkan keropok, riak seriusnya terus sirna.

"Damn. Pandainya kau berlakon, Iz." Sumpah, di saat itu Yuna rasa dirinya sedang dipermainkan.

Izara jongket kedua bahu sebagai balasan.

"Well, aku memang tengah practice pun. Kut-kutlah aku ada bakat lakonan. Boleh aku jadi artis. Haa, kau jangan risau. Nanti kalau aku dah famous, aku bagi kau tumpang famous sekali." Penuh tinggi cita-cita Izara sampaikan dia sudah bayang bagaimana keadaannya apabila berjaya nanti.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now