𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 56: 𝐒𝐞𝐝𝐚𝐫
"BERAPA lama lagi Mrs. Yuna nak sedar, Airil? Aku dah macam cacing kepanasan dah ni. Tak boleh tunggu."
"Manalah aku tahu, Harraz. Kau kena sabar. Aku bukan tukang tilik nak tilik-tilik bila dia akan bangun. Yang kita boleh buat sekarang, cuma tunggu."
"Kesian Mrs. Yuna. Balik-balik, pengsan. Balik-balik, pengsan. Dahlah dia nak kahwin dengan Nafiz tak lama lagi. Harap dia boleh cepat-cepat bangun dan cepat-cepat kahwin."
"Amboi, banyak cantik kau nak suruh dia cepat-cepat kahwin! Ni, hal stalker pun tak settle lagi tau. Lagi nak kahwin."
Dua suara tersebut saling berbalah antara satu sama lain. Namun di antara dua suara itu, ada satu suara yang lebih mengatasi. Suara bacaan Al-quran. Sangat lembut dan mendamaikan.
Yuna merasakan kepalanya berat semacam. Bibir mendesis. Kelopak mata bergerak-gerak, memaksa ia untuk membuka. Refleks, jari-jemari kirinya turut bergerak sekali.
"Eh, Airil! Mrs. Yuna! Dia..." Penuh teruja suara Harraz.
Airil lantas meletakkan jari telunjuk ke bibir. Menjeling Harraz tajam. "Shh! Jangan jerit! Kau dah ganggu dia!"
Makin kuat desisan Yuna. Akhirnya, matanya terbuka jua. Sedikit. Samar-samar penglihatannya mula memaparkan imej. Ada dua figura di hadapan. Harraz dan seorang lagi lelaki yang tidak dikenali.
Dia tak pasti siapa lelaki itu, tetapi mengikut perbualan mereka sebentar tadi namanya Airil. Ada steteskop yang tergantung di lehernya. Pasti seorang doktor.
Perlahan-lahan, Yuna kalihkan kepalanya yang terasa berat itu ke kiri. Nafiz sedang duduk di sisinya. Sebelah tangannya memegang Al-quran, bibir mengalunkan surah kegemarannya penuh khyusuk. Surah Al-Mulk.
Langsung tak menyedari akan dirinya yang sudah sedar.
"Nafiz..." seru Yuna perlahan. Serak.
Tubuh Nafiz mengeras. Tersentak dengan panggilan itu. Dia alihkan pandangan pada Yuna.
"Princess," gumamnya perlahan. Kurang percaya dengan apa yang sedang dilihatnya.
Yuna angguk. Ingin meyakinkan Nafiz yang dia benar-benar sudah sedar.
Nafiz hela nafas lega. Wajahnya terlihat penat sangat. Ada lingkaran gelap pudar di bawah matanya. Entah berapa malam sudah dia berjaga. Semuanya semata-semata demi mendoakan gadis itu.
"I thought I lost you for a while, princess," ucap Nafiz. Juga perlahan. Dia meraup wajah, dalam hati beribu kesyukuran dipanjatkan pada Yang Esa.
"Aku rasa... aku... dah ingat semuanya..." nyata Yuna tanpa sebarang pembuka bicara.
Serentak, Harraz dan Airil berkalih memandang sesama mereka. Terkelu. Nafiz juga sama, tak kurang rasa terkejutnya.
YOU ARE READING
Anti-Romantic [Hiatus]
Mystery / ThrillerStart: 9th September 2022 End: - Genre: Light Romance/Comedy/Thriller ❦︎ Sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ᴏғ sᴜᴘᴇʀʜᴜᴍᴀɴ sᴇʀɪᴇs | Yᴜɴᴀ's sᴛᴏʀʏ ❦︎ Amnesia. Kehilangan memori. Tak banyak yang berubah dalam hidup Yuna Farhana selepas itu, kehidupannya diteruskan seperti...