𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 29: 𝐈𝐭'𝐬 𝐚𝐥𝐥 𝐠𝐨𝐨𝐝 𝐧𝐨𝐰
"And I guess, I'll just miss her
Even though she isn't even really gone
But things are just different
Ever since she cut her blue hair off"
"ARGH!" Yuna terjerit kecil. Memori itu seakan-akan dipaksa untuk berlayar di layar ingatannya.
Nafiz berhenti bicara. Pandangannya tertumpu pada Yuna yang sedang bergelut dengan kesakitan itu. Aira di sebelah Yuna pula, mengusap-ngusap bahu Yuna. Ingin menenangkannya.
"Yuna, Yuna okey ke ni?" Lembut berbaur bimbang suara Aira menanya.
"Sakit, umi... sakit..." rintih Yuna perlahan. Dahinya berkerut-kerut, manakala tangannya semakin kuat menekan pelipis. Sungguh tempat itu terasa pedih sekali.
Aira dan Nafiz memandang sesama sendiri. Aira memberikan gelengan, menyuruh anaknya berhenti daripada menceritakan apa-apa.
"Yuna rehatlah dulu. Habiskan makanan tu. Lepas ni, Nafiz sambung cerita. Okey?" nasihat Aira.
Lugu, Yuna angguk sahaja. Kesakitan itu sudah perlahan-lahan memudar. Dia mencapai garpu seraya menggenggam item tersebut.
Tak pernah dia sangka selama ini... dia dan Nafiz pernah hampir bernikah. Cuma, kemalangan itu yang menghancurkan segalanya. Patutlah selama ini dia dan Nafiz rasa dekat sahaja.
Rupanya, Nafiz lebih dekat daripada apa yang disangkakan.
"Nafiz, kau yakin ke ikatan pertunangan kita masih kekal sampai sekarang?" Yuna menanyakan soalan itu dengan berani.
Ia mengundang pandangan ketiga-tiga ahli keluarga itu sekali gus. Nafiz terus mengangguk perlahan.
"Yakin. Kita berdua cuma terputus hubungan sebab kemalangan tu je. Tapi aku dan kau, tak pernah putus tunang." Tenang Nafiz berikan jawapan.
"Kiranya perasaan kau masih sama?" Yuna ajukan soalan berani mati lagi.
"Ya, Yuna. Masih sama." Dan Nafiz, tetap tenang menjawab.
❦︎❦︎❦︎❦︎❦︎
MALAM semakin larut. Royal's Cafe pula semakin lengang. Tinggal mereka berdua dan beberapa pekerja sahaja di situ.
Tangan Yuna ditarik. Membawanya ke arah cermin besar lut sinar yang memaparkan pemandangan indah kota di waktu malam.
Langkah beransur-ansur menjadi perlahan sebelum sepenuhnya termati.
"Jadi macam mana? Yuna masih nak teruskan perkahwinan ni?" soal Aira. Kedua tangan Yuna digenggam erat. Mata gadis itu ditenung dalam-dalam.
YOU ARE READING
Anti-Romantic [Hiatus]
Mystery / ThrillerStart: 9th September 2022 End: - Genre: Light Romance/Comedy/Thriller ❦︎ Sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ᴏғ sᴜᴘᴇʀʜᴜᴍᴀɴ sᴇʀɪᴇs | Yᴜɴᴀ's sᴛᴏʀʏ ❦︎ Amnesia. Kehilangan memori. Tak banyak yang berubah dalam hidup Yuna Farhana selepas itu, kehidupannya diteruskan seperti...