Episode 21

87 16 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 21: 𝐂𝐥𝐚𝐢𝐫 𝐝𝐞 𝐋𝐮𝐧𝐞


"SEDAPNYA! Free pula tu! Tak sia-sia aku ikut kau pergi sini."

Bersinar cerah mata Izara melihat makanan-makanan yang terhidang di atas meja. Semuanya nampak mahal dan sedap. Dihias indah bagaikan hidangan hotel lima bintang.

Pelayan yang menghidangkannya tak kurang juga hebatnya. Lengkap bersut formal putih dan hitam.

"Selamat menjamu selera," ucap pelayan yang terakhir sesudah meletakkan gelas minuman Yuna. Kepala separa menunduk tanda hormat.

"Maaf, nak tanya." Yuna menyeru pelayan tersebut. Terpinga-pinga si pemuda menegakkan tubuhnya kembali.

"Berapa harga semua sekali, ya?" tanya Yuna. Sebelah tangan mencapai gelas yang baru diberikan tadi lalu menyuakan ia ke mulut.

"Saya tak kiralah pula, cik. Kalau ikut pengiraan saya... mungkin dalam... RM500?"

Tersedak Yuna mendengar harga yang dinyatakan. Cepat-cepat, dia sambung minum untuk melegakan tekaknya.

RM500? Untuk satu malam? Memang gila!

Kalau macam inilah dia untuk tujuh malam berturut-turut, syurgalah jawabnya! Bukan lagi satu penyeksaan buatnya untuk datang ke sini. Malah, hidupnya bertambah senang kerana makan malamnya begitu mewah dan percuma.

Ternyata, baik juga Nafiz rupanya.

"Yuna, janganlah minum dulu! Aku nak tangkap gambar ni. Nak masukkan dalam instastory," omel Izara sedang Yuna hanyut dalam lamunannya.

Sebelah tangan membuat gaya menyuruhnya lekas meletakkan gelas. Sebelah lagi tangan bersiap sedia memegang telefon.

Yuna membuat muka toya. Lupa pula Izara ini sejenis yang mengambil gambar dahulu sebelum makan. Gelas diletakkan semula ke meja. Diri dibatukan sementara menunggu kerja Izara selesai.

"Dah ke, Iz?"

"Kejap, kejap."

Yuna menghela nafas. Dia menongkat dagu seraya memandang ke arah lain. Penat menunggu. Perutnya pun sudah berkeroncang meminta diisi.

Izara ketawa kecil. Dia memusingkan telefonnya, memaparkan gambar Yuna yang baru diambil.

"Ta da! Cantik tak aku ambil gambar kau?"

Mengetahui dirinya diambil gambar secara senyap-senyap, Yuna terus jadi tak keruan. Dia membangunkan diri lalu cuba mencapai telefon di tangan Izara.

"Ish, janganlah Iz! Delete balik!" pinta Yuna.

Sungguh dia kurang selesa. Sebagai seorang camera shy, pastilah dia tak suka kalau gambarnya disebar-sebarkan di media sosial. Hatta oleh kawan sendiri pun.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now