𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 19: 𝐆𝐨𝐨𝐝𝐧𝐢𝐠𝐡𝐭
"SAYA dah periksa keseluruhan rumah. Pagar depan tak berkunci, jadi kemungkinan besar penceroboh masuk ikut pagar depan. Pintu depan bermangga, jadi dia gunakan pintu belakang untuk pecah masuk. Waktu dia ada kat dapur, cik lari ke atas dan masuk ke dalam bilik... kan?"
Penerangan pegawai polis itu terhenti seketika. Bertanya terlebih dahulu untuk meminta kepastian.
Laju, Yuna mengangguk.
"Dan waktu cik tengah sorokkan diri dalam bilik... dia datang ketuk-ketuk pintu. Dia desak cik untuk buka pintu. Dia jugak ada nyanyi lagu... London Bridge is Falling Down?"
Percakapan Inspektor Anas menjeda lagi. Berkerut-kerut dahinya cuba mencerna apa yang telah diceritakan kepadanya.
Yuna pandang Izara di sebelah. Izara turut memandangnya.
"Ya, tulah lagu yang dia nyanyi," akui Yuna. Mata melirik ke bawah seterusnya nafas dihela perlahan. Lelah dengan apa yang berlaku terhadapnya.
"Hmm... menarik," ulah Inspektor Anas sembari mengusap-ngusap dagunya. Seketika kemudian, dia mula mencatitkan sesuatu ke atas buku nota kecil miliknya.
"Dia selalu nyanyi lagu tu," sambung Yuna sedang pegawai polis lelaki itu leka menulis.
Serta-merta, kepala Inspektor Anas terangkat memandang Yuna. Tertarik.
"Selalu? Maksud cik? Dia pernah..."
"Ya, ini bukan kali pertama dia buat hal. Sebelum ni... saya dah pernah jumpa dia. Malam semalam dia nyanyi lagu yang sama. Entahlah apa yang menarik sangat lagu London Bridge is Falling Down tu."
Terdiam Inspektor Anas. Setiap penerangan Yuna didengarinya dengan penuh teliti. Kapas yang tertampal di dahi gadis itu mula menjadi tumpuannya.
"Maaf bertanya. Dahi cik tu..."
Jari telunjuk ditunding ke dahi sendiri sebelum dipusing-pusing membuat bulatan. Bertanya akan tampalan tersebut.
"Dia bawa van hitam, rempuh teksi yang saya naik. Kepala saya terhantuk sampai berdarah. Pakcik yang bawa kereta tu..."
Yuna tak sanggup mengakhiri ayatnya.
"Mati?" tebak Inspektor Anas.
Terus, anggukan diberi. Mengiyakan.
"Menarik."
Bibirnya mengulang sebut perkataan 'menarik'. Pendek sahaja komen yang diberi. Selebihnya, dia coret di atas buku kecil miliknya.
Izara jengketkan kaki. Ingin juga melihat apa yang sedang ditulis polis itu. Sedari tadi, dia cuma memasang telinga sahaja mendengar perbualan mereka berdua.
YOU ARE READING
Anti-Romantic [Hiatus]
Mystery / ThrillerStart: 9th September 2022 End: - Genre: Light Romance/Comedy/Thriller ❦︎ Sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ᴏғ sᴜᴘᴇʀʜᴜᴍᴀɴ sᴇʀɪᴇs | Yᴜɴᴀ's sᴛᴏʀʏ ❦︎ Amnesia. Kehilangan memori. Tak banyak yang berubah dalam hidup Yuna Farhana selepas itu, kehidupannya diteruskan seperti...