𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 38: 𝐏𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐠
PEMANDANGAN matahari terbit menghiasi dada langit pada pagi itu. Indah. Sangat indah.
Namun tak seindah perasaan Yuna. Hari ini, dia betul-betul tiada semangat mahu ke sekolah. Mahu belajar apatah lagi. Terkenangkan semalam, lagi dia tertekan. Rasa nak sorok dalam almari lama-lama dan tak akan keluar. Biarlah dia selama-lamanya sorok sekali pun. Janji tiada siapa boleh mengganggunya.
Yuna berjalan di sepanjang kaki lima itu. Bertetangan dengannya, seorang gadis sedang melangkah ke arahnya.
Yuna terpegun melihat rupa paras yang dimiliki gadis itu. Lawa. Kedua alisnya cantik terbentuk. Hidungnya mancung. Bulu matanya lentik.
Di bawah biasan mentari pagi, rupa lawanya bertambah menyerlah. Berbeza dengan kebanyakan pelajar perempuan di sini, dia berbaju kurung sekolah dan bertudung putih.
Yuna yang melihatnya saja sudah terpana sebegitu sekali. Apatah lagi kalau lelaki yang melihat. Pasti akan jatuh cinta pandang pertama.
Angin meniup lembut lalu menerbang kain tudungnya sedikit. Tatkala mata mereka saling bersatu, gadis itu memberikan pandangan galak. Irisnya terkandung amarah. Penampilan Yuna ditilik atas bawah bagai ada sesuatu yang tidak kena.
Yuna teguk liur. Sedar dirinya dan gadis itu jauh beza. Bagai langit dengan bumi.
Dia manis menutup aurat manakala dirinya, selamba membiarkan rambut terdedah dipandang ajnabi. Sesiapa sahaja boleh lihat mahkota hitamnya itu. Langsung tak istimewa.
Gadis itu jalan melintasinya. Tiada lagi sesi membalas renungan. Yuna tunduk ke bawah. Kedua tangannya digenggam kuat.
Perasan apakah ini? Tak pernah dia berasa seperti ini.
Selama ini, pakai tudung adalah satu perkara yang tak pernah terlintas di fikirannya. Baginya menutup aurat adalah satu perkara yang leceh. Menyusahkan.
Tetapi entah kenapa tiba-tiba dia terasa mahu menutup aurat sesaat yang lepas.
Yuna menghela nafas. Malas mahu memikirkan perasaan aneh itu. Sambung berjalan di kaki lima. Menuju ke tempat yang ditujuinya.
Hari ini dia sudah bertekad. Dia mahu ponteng sekolah. Dan apabila dia sudah putuskan sesuatu, keputusannya tak akan bertukar. Kalau dia tak mahu sekolah, dia tak akan datang sekolah. Tak kiralah walau apa pun yang jadi.
Sampai sahaja di kawasan pagar belakang sekolah, sekumpulan pelajar lelaki menjadi tatapan matanya. Mereka berpakaian uniform slytherin iaitu bertali leher hijau gelap dan berjalur senget hitam sepertinya. Sekejap-sekejap memandang kiri dan kanan, berjaga-jaga agar tiada sesiapa melihat aktiviti mereka.
YOU ARE READING
Anti-Romantic [Hiatus]
Mystery / ThrillerStart: 9th September 2022 End: - Genre: Light Romance/Comedy/Thriller ❦︎ Sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ᴏғ sᴜᴘᴇʀʜᴜᴍᴀɴ sᴇʀɪᴇs | Yᴜɴᴀ's sᴛᴏʀʏ ❦︎ Amnesia. Kehilangan memori. Tak banyak yang berubah dalam hidup Yuna Farhana selepas itu, kehidupannya diteruskan seperti...