𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 27: 𝐓𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚
YUNA diam untuk beberapa saat. Keadaan di dalam lif itu sunyi sahaja memandangkan tiada sesiapa yang bersuara.
Lambat-lambat, Yuna halakan pandangannya pada Harraz. Mendongak sedikit memandangkan ketinggiannya cuma mencapai paras dagu jejaka itu.
"Harraz, apa yang jadi dekat Nafiz sebenarnya... sampai dia boleh jadi macam ni? Sampai dia... boleh ada split personality? Dia ada trauma ke? Childhood trauma? Ada apa-apa pernah jadi dekat dia ke?" soal Yuna bertalu-talu.
Suaranya sayu. Atmosfera berubah menjadi sayu juga. Sungguh, Yuna mahu tahu puncanya. Dia mahu tahu lebih tentang Nafiz.
"Ada." Sepatah jawapan Harraz dan itu sahaja sudah cukup untuk membimbangkan Yuna.
"Kau betul-betul nak tahu ke?" Harraz tanya terlebih dahulu. Membuatkan Yuna berfikir dua kali terhadap keputusannya.
Tatkala Harraz berkalih memandang Yuna, Yuna pantas berkalih memandang ke pintu lif. Mengeluh perlahan.
"Nak." Pendek Yuna menjawab. Saat itu juga, pintu lif terbuka. Mengalu-alukannya untuk keluar.
Harraz menahan pintu lif. Mahu berikan penjelasan yang sepatutnya sebelum Yuna pergi.
"Dulu... waktu Nafiz sekolah tahfiz... dia kena buli. Teruk. Tapi sebab nak teruskan hafal Al-quran kat situ, dia diamkan diri. Sejak tu, dia makin teruk kena buli."
"Kenapa Nafiz tak bagi je tahu sesiapa!? Kan boleh je tukar tahfiz..." tempelak Yuna tak semena.
"Memang. Tapi waktu tu dia kecil lagi, naif. Terlalu nak penuhi kehendak sendiri. Sampailah satu hari, pembuli tu dah melampau... Nafiz sampai hampir mati. Kepala dia berdarah-darah. Serban dia basah dengan darah. Waktu tu, barulah umi abi Nafiz tahu apa yang jadi dekat dia sebenarnya."
Harraz membidas dan sambung berikan penjelasan.
"Allah..." Yuna hampir terjerit. Cepat-cepat, dia tekup mulutnya yang sedang terlopong luas.
Dalam hati, sudah berbakul sumpah seranah diberikan kepada pembuli-pembuli itu. Kejam sampai tahap hampir membunuh!
"Dan lepas tu... Nafiz tukar tahfiz tak?" tanya Yuna setelah dia turunkan tangannya.
Harraz angguk.
"But again, dia tak ada kawan. Banyak kali juga dia tukar tempat. Tetap tak ada kawan. Orang cakap dia pelik... suka cakap seorang-seorang. Macam yang kau nampak sekarang ni la."
"Tapi aku okey je walaupun dah nampak dia macam tu?"
"Itu kau. Tak semua orang boleh terima kelemahan seseorang, Yuna. Kau, kau. Orang lain, lain."
YOU ARE READING
Anti-Romantic [Hiatus]
Mystery / ThrillerStart: 9th September 2022 End: - Genre: Light Romance/Comedy/Thriller ❦︎ Sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ᴏғ sᴜᴘᴇʀʜᴜᴍᴀɴ sᴇʀɪᴇs | Yᴜɴᴀ's sᴛᴏʀʏ ❦︎ Amnesia. Kehilangan memori. Tak banyak yang berubah dalam hidup Yuna Farhana selepas itu, kehidupannya diteruskan seperti...