Episode 5

194 31 6
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ep 5: 𝐒𝐡𝐨𝐩𝐩𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐥𝐥


REFLEKS, kepala Yuna terteleng tatkala teringat kembali detik-detiknya bersama lelaki tadi. Tangannya naik menepuk dahi.

Malu! Dia malu kerana lelaki itu perasan dia merenungnya. Harapnya, lelaki kacak itu lupakan sahajalah apa yang telah berlaku hari ini.

Langkah diorak terus ke hadapan.

Suasana di pusat membeli-belah itu agak sesak dengan orang ramai yang lalu-lalang. Kebanyakan kedai-kedai makan juga sudah dibanjiri pelanggan, terutama sekali restoran makanan segera.

Sedang Yuna asyik memerhatikan keadaan sekeliling, tiba-tiba satu suara menerjah ke pendengarannya.

"Yuna!"

Sungguh, dia amat kenal akan pemilik suara itu. Kepalanya lantas berpaling ke arah si pemanggil.

Kelihatan Alfi sedang melambai-lambai ke arahnya sambil tersenyum lebar. Tanpa menunggu masa lagi, Yuna terus berlari ke arah Alfi sebelum melompat dan memeluk lehernya erat.

Alfi lantas membalas pelukan Yuna. Maka terbinalah sesi dramatik mereka di tengah-tengah lautan orang ramai itu.

Dunia seolah-olah berhenti berputar buat seketika. Perlahan-lahan, pelukan mereka terlerai. Kaki Yuna kembali menjejak tanah. Wajah abangnya ditatap dengan mata yang bersinar.

"Adik abang dah besar," ulah Alfi seraya mengusap kepala Yuna. Kini, dia tidak lagi boleh menyerabaikan rambut adiknya memandangkan Yuna sudah bertudung.

"Tahu. Tinggi aku pun nak dekat sama dengan kau," balas Yuna. Tanpa sebarang amaran, dia menjengket dan menyamakan ketinggiannya dengan Alfi.

"Aip, shh-shh! Duduk diam-diam, jangan jengket-jengket. Kalau tak, aku tak nak belanja kau," ugut Alfi seraya menolak bahu Yuna. Bukan apa, malulah dia sebagai abang untuk mengaku ketinggiannya dengan Yuna hampir sama.

Yuna tertawa kecil. Hatinya tercuit melihat wajah masam mencuka Alfi itu.

"Dah pendek tu mengaku je la," ejek Yuna seraya menjelirkan lidah. Alfi merengus lalu memutarkan anak matanya ke atas.

"Senyaplah. Kau yang tinggi, kata orang pendek," balas Alfi tak mahu kalah.

"Sebab memang kau pendek pun!" ejek Yuna lagi. Tangannya sengaja menepuk bahu Alfi sebelum dia memecut pergi meninggalkan abangnya.

"Ish, diamlah!" jerit Alfi lalu berlari mengejar Yuna.


❦︎❦︎❦︎❦︎❦︎ 


"MACAM mana kerja? Okey? Ada apa-apa masalah?"

Pergerakan tangan Yuna terbejat seketika. Tak jadi dia mahu menyuakan bebola daging yang sudah dicucuk garpu itu ke dalam mulutnya.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now