𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 44: 𝐖𝐡𝐨 𝐚𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮... 𝐭𝐚𝐥𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐨?
"BETUL apa yang Yuna cakap tu, cikgu. Tugas guru datang sekolah mengajar. Bukan hempas-hempas kepala anak orang dengan buku macam ni." Berani, Nafiz mengujarkan kata-katanya pula.
Yuna di sisi tersenyum kemenangan. Bingo! Nafiz si comel meow-meow sudah mula menunjukkan taringnya. He got fangs.
"Diamlah! Kau siapa nak nasihat-nasihat aku pula!?" amuk Azman. Tetap tak mahu menerima teguran meskipun dua orang sudah pun bersatu melawannya.
"Saya tahu cikgu cuma nak tunjuk yang cikgu kuat. Dominan. Tapi cikgu lupa yang kita semua ni lemah. Itu sifat semula jadi manusia. Tak lari daripada ketaksempurnaan. Tak kisah walau kita ni lelaki, perempuan, dewasa atau kanak-kanak sekali pun... kita tetap lemah. Ingat ni sampai bila-bila, cikgu." Nafiz sambung memberikan tarbiah tanpa mempedulikan amukan Azman tadi.
Azman merengus. Kasar, dia merentap tangannya daripada cengkaman Nafiz.
"Maksud kau?" Sudahnya, dia tertarik dengan ayat yang ditutur Nafiz tadi.
"Jangan ingat sebab cikgu lelaki, dewasa daripada kita orang... cikgu sesuka hati boleh pukul pelajar-pelajar perempuan kat sini. Cikgu pun manusia juga. Tak ada bezanya cikgu dengan kita orang."
Azman tergelak kuat. Semakin lama, semakin nyaring tawanya bergema. Menyerlahkan sepasang gigi taringnya. Pelajar-pelajar di kelas itu mula naik pelik lalu memandang sesama sendiri.
Tawa itu... macam psikopat.
"Adoi! Kau... kau nak ceramah aku pula? Apa kau ingat ni kelas psikologi ke?" balasnya seraya mengelap titisan air mata yang menitik dek kerana ketawa yang banyak sangat.
Dia meluru pergi. Menuju ke arah mejanya. Mengemas beg dengan memasukkan segala buku-buku dan alat tulis.
"Okeylah. Masa pun dah tamat. Seronok rupanya luangkan masa dengan kau orang ni. Ada pakar psikologi. Okey, aku pergi dulu." Menjinjing begnya, Azman lantas beredar dari kelas.
"Clair..." Sara menyentuh lembut bahu Izara. Memujuk. Kepala Izara masih lagi terlentok di atas meja. Sudah basah dengan air matanya.
❦︎❦︎❦︎❦︎❦︎
DI dalam perjalanan menuju ke pintu pagar sekolah, Izara bercerita dengan penuh ralit akan hubungannya dengan Cikgu Azman kepada Sara. Sara terangguk-angguk di sepanjang penceritaan.
Manakala Yuna pula mencuri dengar. Dia berjalan di belakang mereka, melihat dua gadis itu jalan beriringan. Pelik juga dia kenapa Izara seakan mahu bercerita dengan Sara sahaja. Padahal dia yang tolong Izara tadi dengan memberanikan diri bersuara.
YOU ARE READING
Anti-Romantic [Hiatus]
Mystery / ThrillerStart: 9th September 2022 End: - Genre: Light Romance/Comedy/Thriller ❦︎ Sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ᴏғ sᴜᴘᴇʀʜᴜᴍᴀɴ sᴇʀɪᴇs | Yᴜɴᴀ's sᴛᴏʀʏ ❦︎ Amnesia. Kehilangan memori. Tak banyak yang berubah dalam hidup Yuna Farhana selepas itu, kehidupannya diteruskan seperti...