Episode 48

69 8 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 48: 𝐘𝐨𝐮𝐫 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐡𝐮𝐫𝐭𝐬 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐡𝐞𝐬𝐞 𝐰𝐨𝐮𝐧𝐝𝐬


BERANSUR-ANSUR, pelajar-pelajar kelas 4 Sirius beredar meninggalkan kelas mereka. Jarum jam menunjuk ke angka dua, loceng sudahpun berbunyi nyaring.

Aiman dan Rina menjadi orang yang terakhir berada di kelas itu. Rina masih lagi terkial-kial memasukkan barangnya ke dalam beg, sementara Aiman di sisi setia menantinya.

Beberapa minit kemudian, akhirnya urusan Rina selesai jua. Gadis kecil itu menggalas begnya ke bahu lantas terus beredar pergi. Meninggalkan Aiman keseorangan bagai dia tidak berada di situ.

Rina mengatur langkah deras namun langkahannya terbejat tatkala figura Aiman tiba-tiba sahaja muncul di hadapan pintu. Menghalangnya laluannya untuk keluar.

Rina merengus kasar. Apa lagi yang lelaki ini mahukan? 

Lantas, Rina menapak ke kiri. Ingin merentasi Aiman. Namun Aiman laju membelok ke kiri juga. Apabila dia ke kanan, Aiman turut melakukan perkara yang sama. Terus-menerus menghalangnya.

Rina merengus buat kali kedua. Kepalanya mendongak, merenung Aiman menggunakan pandangan maut.

Aiman senyum menyenget, tenang memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar slack sekolah. Terhibur melihat reaksi Rina.

"Apa masalah kau sebenarnya, ketua?"

"Masalah aku? Kau yang tiba-tiba moody. Kenapa? Kau marah aku ke?" balas Aiman bersahaja lalu cuba mengambil beg galas dari bahu Rina. 

Pantas Rina menepis lengannya. Kasar.

Aiman tersentak. Namun senyuman treadmarknya masih kekal di bibir.

"Berhenti boleh tak?" pinta Rina, separa menengking.

"Berhenti apa? Berhenti teman kau jadi orang terakhir keluar dari kelas? Berhenti tolong angkatkan beg berat kau tu? Aku tak akan berhenti, Rina." Mudah, Aiman memberikan balasan.

"Berhenti berlagak macam yang kau sukakan aku, ketua kelas!" Tak semena-mena, Rina melepaskan amarahnya.

Suaranya menghasilkan gema di dalam ruang segi empat itu. Nafasnya turun naik. Riaknya perlahan-lahan berubah menjadi cemas. Sedar dia sudah jauh tersasul. Meluahkan isi hati yang sekian lama terpendam.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now