Episode 23

106 11 0
                                    

𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 23: 𝐒𝐲𝐚𝐤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 23: 𝐒𝐲𝐚𝐤


SELEPAS mendengar kata-kata Harraz, Yuna tiba-tiba diamuk emosi. Bukannya pujukan itu membantunya pun. Malah membuatkan dia bertambah sedih.

Intuisi mula mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Kenapa dia dan Harraz... rasa serasi sahaja? Mereka berdua pernah berjumpa juga ke?

"Yuna? Is there anything bothering your mind?" tegur Izara seterusnya menyentak lamunan Yuna.

Refleks, Yuna memanggung kepalanya. Mulut yang tadi sedikit terbuka ditutup. Imej Izara sedang mengunyah makanan memenuhi radar pandangan.

Yuna menunduk kembali. Dia geleng perlahan. Tak terasa mahu keluarkan suara. Malahan, seleranya untuk menjamah makanan sirna tiba-tiba.

Izara tersedar akan itu. Dahinya berkerut sedikit. Cepat-cepat dia memikirkan topik untuk dibualkan bersama Yuna.

"Kau rasa... apa yang Aiman cakap tu boleh jadi tak? Yang... kemungkinan lelaki psiko tu ada dalam bilik mesyuarat waktu tu?" soal Izara. Meminta akan pendapat Yuna. Lalu, mulutnya disuakan sesudu nasi goreng kampung.

Yuna diam. Entah kenapa otaknya lambat mencerna kata-kata Izara. Semakin lama, semakin perlahan otaknya bekerja akibat emosinya yang tidak stabil.

"Mungkin. Apa-apa boleh jadi. If things want to happen, they'll happen anyway. That's just how this universe works," falsafah Yuna tak semena-mena.

"Kalau kau... kau syak siapa? Aku syak Zafrel." Selamba Izara berkata. Dengan tak endahnya, dia suakan lagi sudu ke mulut. Lagi dan lagi.

"Zafrel?" Dahi Yuna berlapis.

Bukan ke itu lelaki yang Izara sedang 'bersama' sekarang?

"Seriously? I thought you guys are dating." Selamba juga Yuna luahkan prasangkanya.

Izara tersedak lalu terbatuk-batuk kuat. Laju, dia mencapai air lalu menghirup jus oren untuk melegakan tekaknya. Amboi mulut Yuna, tak ada tapisan langsung!

"Kau betul-betul fikir macam tu ke!?" teriak Izara. Penuh kecewa nadanya.

Yuna angguk. Akhirnya dia suakan juga sesuatu ke dalam mulut. Cebisan meatball.

Izara mencemik. Bibir terherot ke kiri. "Aku ingatkan kau faham apa yang aku tengah buat. Aku sengaja dekatkan diri dengan dia sebab nak siasat dia lebih sikit. Dari dulu lagi aku dah syak ada sesuatu yang tak kena dengan dia."

"Oh..." Itu sahaja balasan Yuna setelah panjang lebar Izara menerangkan.

"Bagi aku, Zafrel tu tak adalah teruk sangat. Dia sesuai dengan kau." Sekali lagi mulut tak ada insurans Yuna mengujarkan kata-kata.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now