Episode 43

82 10 1
                                    

𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 43: 𝐀𝐫𝐭𝐢𝐬𝐭𝐢𝐜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 43: 𝐀𝐫𝐭𝐢𝐬𝐭𝐢𝐜


YUNA pulang ke kelas. Masuk-masuk saja, Nafiz sudah ada di tempatnya. Sedang melukis. Rutin keduanya selepas membaca Al-quran. Kalau tak membaca Al-quran, pasti melukis.

Yuna menghamparkan duduk di atas kerusi. Belum sempat dia membuka mulut, suara daripada pembesar suara itu mencantasnya.

"Perhatian. Perhatian kepada semua pelajar. Mohon beri perhatian."

Mendengarkan itu, suara desas-desus tadi terus terpadam. Tanda semua orang mahu memberikan perhatian terhadap pengumuman yang akan diberikan. Maklumlah, biasanya pengumuman-pengumuman melalui pembesar suara ini memang kurang jelas. Yang dengar hanya 'sekian, terima kasih' di akhirnya sahaja.

"Bermula minggu depan, semua pelajar dikehendaki untuk memakai baju rumah sukan masing-masing. Sesi persiapan untuk hari sukan akan bermula hari Isnin minggu depan. Setiap hari pukul 12 tengah hari hingga dua petang."

Seiring dengan itu, kelas bertukar hingar-bingar semula. Semua orang rancak bersembang. Hari sukan akan bermula tak lama lagi. Terlalu banyak mahu dibualkan sampai penyampaian seterusnya tidak berapa kedengaran.

"Shh! Diam-diam!" Rina bangun berdiri, memberi amaran kepada rakan-rakan sekelasnya.

Itu dia. Penolong ketua kelas sudah bersuara. Semerta, kelas jadi senyap kembali.

"Berikut adalah tempat-tempat perjumpaan bagi setiap rumah sukan. Gryffindor, dewan. Slytherin, gelanggang tertutup basketball. Ravenclaw, bilik seni dan Hufflepuff, perpustakaan. Sekian itu saja. Harap maklum."

Bergema bunyi seakan-akan bunyi di pusat membeli-belah sejurus selepas itu. Tanda pengumuman sudah berakhir. Kelas bertukar bising seperti sedia kala.

"Ala, bosannya Ravenclaw dekat bilik seni! Balik-balik, bilik seni. Macam dah tak ada bilik lain." Clara mengeluh. Kurang berpuas hati dengan lokasi perjumpaan rumah sukannya.

"Best apa buat kat bilik seni? Cantik sikit. Daripada kita orang buat dekat perpustakaan. Entah nak berprogram nilam ke bersukan," ulah Sara pula. Sama-sama tak puas hati dengan lokasi perjumpaan sendiri.

Sedar dirinya tak akan ditanya, Yuna pandang sebelah. Melihat si jejaka yang sedari tadi melukis. Diteleklah juga apa yang dilukisnya itu. Cantik lukisannya. Sebuah pemandangan matahari terbenam yang indah di sebuah kawasan sawah padi.

"What a beautiful scenery," gumam Yuna. Cukup perlahan. Kata-kata itu tertahan di bawah nafasnya memandangkan ia keluar secara spontan. Tanpa dipinta.

"I hate sports. I hate moving my body. I just... don't like the idea of using my energy." Tiba-tiba Nafiz bersuara dan menukar topik. 

Yuna terpempan. Tak sangka Nafiz petah berbahasa inggeris.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now