𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 36: 𝐑𝐞𝐡𝐚𝐭
PAGI. Yuna membaringkan kepala ke meja beralaskan lengan. Bunyi desas-desus bualan pelajar menjadi latar pendengarannya.
Mata tertancap ke luar jendela di arah kanan. Ralit menatap langit biru. Sinaran mentari memancar samar-samar ke muka, sedikit terhalang dek kain langsir lut sinar.
"Yuna." Namanya diseru.
Yuna tetap dengan dunianya sendiri.
"Yuna." Kedengaran meja diketuk-ketuk. Semerta, kepala diangkat. Memandang si pemanggil.
"Kau dah siap kerja add math?" tanya Clara. Sahabat yang duduk di depannya itu.
Yuna angguk. Wajahnya datar tanpa perasaan.
"Nak tiru boleh?" Seperti yang diagak, Clara meminta itu. Muka sengaja dibuat comel sambil mata dikerdip-kerdipkan. Ingin meraih simpati Yuna.
Yuna mengeluh kasar. Zip beg dibuka lalu buku latihan matematik tambahan dikeluarkan. Dihulurkan kepada Clara.
"Aww, thanks Yuna!" Laju, tangan Clara menyambar huluran Yuna itu.
Buku diselak-selak ke halaman yang mahu ditirunya. Buku latihan milik sendiri dikeluarkan dari bawah meja. Tanda dia tak membawa pulang pun bukunya semalam.
Sara yang duduk di sebelah kiri Clara tergeleng-teleng sendiri. Ada ke patut si kawan bertuahnya ini tak siapkan kerja kemudian semudahnya saja meniru?
"Clair," tegur Sara.
"Apa?" Clara menjeling. Tangan laju menulis, menyalin apa yang tertera di buku Yuna ke bukunya. Malas mahu kisahkan apa yang mahu dikatakan Sara selepas ini.
"Kau ni... asyik tiru Yuna je. Macam mana nak pandai?" Lembut suara Sara menegur. Namun tetap berbaur ketegasan.
Clara mencemik sekali. "Ish, biarlah! Yuna bagi je aku tiru. Kau yang bising."
"Memanglah aku bising. Aku cuma risau je, setiap kali exam mesti kau complain sebab fail. Masalahnya sekarang ni kau nak buat kerja rumah pun malas. Macam mana nak lulus?" Sara tetap berterusan menegur meskipun dia agak terasa dengan balasan Clara tadi.
"Biar je dia tu, Sara." Yuna mencelah.
Refleks, Sara berkalih ke belakang memandang Yuna.
"Dah nama pun Clara. Manalah nak sedar diri." Selamba Yuna memerli seakan Clara tiada di depannya saja.
Sara ketawa lepas. Seenaknya saja Yuna berkata begitu.
"Oh... mengumpat aku depan-depan eh? Tak apa, tak apa," rengek Clara menahan geram.
YOU ARE READING
Anti-Romantic [Hiatus]
Mystery / ThrillerStart: 9th September 2022 End: - Genre: Light Romance/Comedy/Thriller ❦︎ Sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ᴏғ sᴜᴘᴇʀʜᴜᴍᴀɴ sᴇʀɪᴇs | Yᴜɴᴀ's sᴛᴏʀʏ ❦︎ Amnesia. Kehilangan memori. Tak banyak yang berubah dalam hidup Yuna Farhana selepas itu, kehidupannya diteruskan seperti...