Episode 53

55 8 5
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 53: 𝐂𝐨𝐦𝐞 𝐡𝐞𝐫𝐞, 𝐭𝐞𝐥𝐥 𝐚 𝐥𝐢𝐞


CINTA.

Sebuah aksara yang manusia sangkakan indah. Namun siapa sahaja sangka yang aksara itu telah memusnahkan berjuta-juta hidup manusia?

Dan di antara berjuta-juta manusia itu, Sara termasuk di dalamnya. Hidupnya hancur berkecai akibat cintanya terhadap seorang lelaki.

Cinta sejatilah kononnya. Sangkanya, lelaki itu adalah pasangan hidup sematinya. Yang akan ada menemaninya hingga ke saat akhir.

Tetapi tidak. Sebaliknya pula yang berlaku.

"Kau tengok ni! Kau tengok sekarang!" jerkah Sara lalu menunjukkan alat ujian kehamilan yang dipegangnya.

Terpampang jelas dua garis merah yang menandakan dia... mengandung. Mata Raykal meluas. Lantas, dia merampas alat itu sebelum mendengus geram.

Alat itu dicampak ke bawah lalu dengan wajah penuh menyinga, matanya dihalakan ke wajah Sara.

"Kau kena bertanggungjawab atas apa yang kau dah buat, Raykal!" Suara Sara naik beroktaf-oktaf. Hilang sudah segala kesabarannya.

Dahulu, jika dia memandang Raykal dengan penuh rasa cinta, kali ini ia bertukar dengan penuh benci.

Ya, dia benci! Dia terlalu bencikan lelaki itu!

"Ah, kau ni tak rilek ah! Diam-diam sudahlah! Apa susah, kau gugurkan je la kandungan kau tu!"

Balasan Raykal membuatkan mata Sara terbuntang luas. Hancur sehancur-hancurnya hatinya tika itu, tak ubah seperti kaca yang berjurai pecah setelah dihempas batu.

Air matanya menitis. Akibat tak dapat menahan sabar lagi, tangannya terus menampar kuat pipi lelaki itu.

Pang!

Wajah Raykal terteleng. Tangannya lantas menyentuh pipinya yang terasa pijar.

"Sanggup kau buat aku macam ni! Aku bencikan kau, Raykal! Aku benci kau sangat-sangat! Aku harap kau mampus dalam neraka jahanam!" tengking Sara seraya menumbuk dada Raykal bertalu-talu. Air mata semakin lebat mengalir di pipinya.

Turun naik nafas Raykal dibuatnya. Amarahnya meletus hebat. Dia bengang kerana Sara sesuka hati sahaja memukulnya!

"Woi, perempuan! Kau sendiri yang setuju nak buat benda tu dengan aku kan! Kita sama-sama masuk neraka jahanam la nanti! Kau pun sama je macam aku! Pendosa!" jerkah Raykal dengan amarah yang meluap-luap lalu menolak kuat kedua bahu Sara.

Dush!

Sarah jatuh terlentang. Belakang kepalanya menghentak lantai simen. Rasa sakit semakin kuat mencengkam dirinya. Terutama sekali di bahagian perut.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now