Episode 35

85 12 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 35: 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢


"Tell me you'll be okay
If I leave you alone today"


Sembilan tahun yang lepas...

"YUNA!" Suara ceria itu kuat memanggil. Menghasilkan gema di dalam mindanya.

Seluruh dunia Yuna gelap-gelita. Dia ingin menyahut, namun bagai ada sesuatu yang menghalangnya. Bibir berdecit perlahan sambil jemari kirinya bergerak-gerak.

"Yuna?" Sekali lagi, suara itu mengulang sebut namanya. Kali ini nadanya kedengaran keliru.

"Ergh..."

Yuna mengangkat sebelah tangannya ke atas. Menghalang cahaya daripada terus menusuk ke retina mata. Sebelah kelopak mata terbuka terlebih dahulu, sebelum sebelah lagi turut sama terbuka. Perlahan-lahan imej yang kabur itu bertukar jelas.

Terpampang figura Alfi sedang berdiri di hadapannya. Tubuhnya separa menunduk. Bibirnya mekar dengan sekuntum senyuman yang sangat manis. Wajahnya bersinar dibiasi sinaran mentari.

"Hei, kenapa tidur dekat sini?" tanya Alfi seraya menghulurkan tangan.

Yuna keliru. Mindanya masih lagi berada di dalam keadaan separa sedar memandangkan dia baru sahaja bangun dari alam mimpi. Sukar untuk dia bezakan di antara realiti dan fantasi.

Kesemuanya terasa asing sekali.

Acuh tak acuh, Yuna menyambut huluran tangan Alfi itu. Tubuh terangkat lalu punggung berlabuh di atas tanah berpasir putih. Di hadapannya, terdampar luas sebuah lautan biru kehijauan yang bagai tiada penghujungnya. Sangat cantik.

Alfi duduk di sebelah Yuna. Bibirnya setia mengukir senyuman.

"Kau nampak gembira hari ni. Kenapa? Perempuan yang kau suka, dah sukakan kau balik ke?"

Tak ada hujan, tak ada ribut, tiba-tiba sahaja Yuna melancarkan serangan taufan ke atas abangnya itu. Bahu Alfi ditolak lembut sehingga tubuhnya terdorong ke tepi sedikit.

"Eh, mana ada! Lambat lagi dia nak suka aku balik!" nafi Alfi serta-merta.

Sebetulnya, dia tak pernah menyimpan perasaan terhadap sesiapa pun. Percintaan di sekolah adalah satu perkara yang klise buatnya. Dia benci akan perkara-perkara klise.

"Then? Kau nak kahwin? Dah ada calon?" Yuna terus-terusan menebak. Tetapi tebakannya tetap pada cinta. Bukan pada lain.

Alfi laju menggeleng. Senyumannya masih kekal meniti. Matanya hanya fokus pada wajah adiknya.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now