Episode 41

74 11 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 41: 𝐊𝐢𝐬𝐬


LOCENG tamat persekolahan bergema di setiap sudut. Lorong utama sekolah dibanjiri pelajar-pelajar yang baru keluar dari kelas mereka. 

Muka masing-masing memancarkan kegembiraan, seronok kerana sesi pembelajaran sudah tamat. Ada yang memasukkan buku ke dalam loker, ada juga yang berbual bersama rakan-rakan.

Yuna menyusuri lorong besar itu dengan penuh berhati-hati. Langkahnya sekadar perlahan. Berhati-hati agar tidak berlanggaran dengan bahu sesiapa. Al-maklumlah, manusia di situ bukan seorang dua. Silap hari bulan boleh lemas dia di dalam lautan manusia tersebut.

Kepala menoleh ke kanan dan kiri. Tercari-cari akan kelibat seseorang. Telinga kirinya dipakaikan airpod, mendendangkan lagu buat diri yang sememangnya tak suka akan suasana hingar-bingar.

Seketika, kepalanya terhenti bergerak. Pandangannya betul-betul tertumpu pada seseorang. Kedua kakinya juga turut berhenti melangkah.

Tak jauh dari tempatnya berdiri, empat orang lelaki berjalan bersama sambil berbual-bual. Seketika, tawa mereka terletus tatkala Alfi mengucapkan sesuatu. Pasti Alfi ada membuat jenaka yang menghiburkan hati. Tak dinafikan, Alfi kelakar orangnya.

Tak lokek bercerita dan mudah diajak bual. Senang cerita, disenangi semua orang. Agak berbeza dengan persona Yuna yang selalunya tertutup dan hanya bercakap bersama orang terdekat sahaja.

Seketika, mata Alfi mula bersabung dengan mata Yuna. Mereka berbalas pandangan. Alfi tersenyum sendiri, gembira melihat adiknya sudah ada di depan mata. Tak perlulah dia tercari-cari.

"Aku pergi dulu. Adik aku dah sampai tu," maklum Alfi seraya menepuk-bepuk bahu kawan sebelah.

Kawannya sedikit terpinga. Apabila terpandangkan Yuna, barulah dia faham akan maksud Alfi itu.

"Okey, Darren. Jumpa kau esok!" balasnya.

Darren adalah nama cina Alfi. Nama penuh Alfi, Darren Alfi Lee. Manakala nama cinanya pula Darren Lee. Orang-orang di sekolah lebih gemar memanggilnya Darren. Manakala panggilan Alfi pula hanya digunakan oleh keluarganya. Termasuklah Yuna.

Alfi melambai-lambai ke arah tiga orang kawannya yang sedang berlalu pergi. Gaya macam tak akan berjumpa lagi. Padahal, esok nanti jumpa balik.

Kemudian, pandangannya beralih semula ke arah Yuna. Yuna bergerak menghampirinya.

"Yuna! They you are. Jom, 7E!" ajak Alfi serta-merta. Laju tangannya memeluk bahu si adik, mengheretnya untuk ke pintu keluar.

Yuna hampir terjatuh dek heretan itu. Abangnya ini pun, tak sabar-sabar sangat! Macamlah 7 Eleven itu akan hilang kalau mereka lambat sesaat. 

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now