Episode 58

124 11 8
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"I grew a flower that can't be bloomed in a dream that can't come true"


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 58: 𝐓𝐡𝐞 𝐭𝐫𝐮𝐭𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐨𝐥𝐝


"HAH... huh..." 

Nafas Izara berombak naik. Kuali leper yang digunakan untuk menghentak kepala Zachary tadi terlepas dari pegangan.

Pang!

Seterusnya jatuh ke lantai.

'Maafkan aku Yuna sebab lambat.'

Izara mengangkat wajahnya. Pandangannya saling bersatu dengan Yuna yang kelihatan teramat bercelaru itu.

Rambut panjangnya serabai teruk serupa lepas baru bangun tidur. Nafasnya turun naik tanpa henti. Pakaiannya dibasahi peluh. Balutan tangan kirinya pula sudah terbuka sedikit akibat tumbukan yang ditujahkan.

"I... Iz... luka aku..." tutur Yuna dalam nafasnya sesak. 

Dahinya berkerunyut menahan sakit seraya tangannya menekap bahagian kanan abdomennnya. Luka tikamannya turut terbuka mengakibatkan bahagian tersebut menompokkan darah pada bajunya.

"Yuna! Kau okey?" Semerta, Izara berlari mendapati Yuna. Tubuh kawannya dirangkul erat, memberikannya sokongan untuk mendudukkan diri.

Yuna terlihat betul-betul lemah sekarang. Sepertinya bila-bila masa sahaja kedua matanya akan terpejam. Lantas, tempat pendarahan itu ditekap dengan tangan bersama-sama.

Yuna mendesis. Matanya mengecil menahan perit. Sungguh dia rasa lelah tika ini. Kalau ikutkan hati, sudah lama dia pengsankan diri di tangan Izara.

"Babe... hanging on. Aku dah call polis. It's all over now," rayu Izara. Tak putus-putus memberikan harapan pada sahabatnya yang seperti sudah hilang semangat itu.

Seketika kemudian, bunyi siren polis mula menghentak sunyi. Melatari segenap kawasan dapur itu. Cahaya biru dan merah membias ke wajah Izara, datang menerusi tingkap berdekatan.

"How could I live as one... when the other half of me is gone?" lirih Yuna penuh lemah. 

Dia terbatuk-batuk beberapa kali. Nafasnya masih lagi sesak, seakan ada yang sedang menyekatnya daripada terus mendapatkan oksigen.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 24, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now